Thursday, May 19, 2011

♥ bloggers tersentap bila yang tak bertudung kutuk yang bertudung


 farysa baru tau sekarang tengah kecoh pasal blogger tak bertudung kutuk orang bertudung. lepastu bila google, berlambak yang meng-reply entri blogger tu dengan penuh emosi. jujur farysa cakap apa yang budak tu tulis memang tepat, cuma yang salah cara penulisan dia. TAPI sebenarnya tak salah sebab dari awal lagi dia cakap KUTUK bukan NASIHAT. 

Woi minah-minah bertudung yang urban!! Dengar ni aku nak kutuk korang! (aku nak kutuk, bukan nak nasihat, bukan nak tazkirah, bukan nak bagi ceramah agama, aku memang nak KUTUK)

so, tak boleh jugak korang nak komen dekat dia macam macam sebab dia memang dah buat statement dia nak kutuk, am i right?

kenapa farysa cakap apa yang budak tu tulis memang tepat?

Tapi serius aku MENYAMPAH gile tengok korang pakai tudung yang pendek gile...nampak tetek 2 ketul... Pejadahnye ni? Bukan ke kena pakai tudung tutup dada? Ke buah dada tu tak termasuk dalam zone dada?

pernah tak ada orang cakap kalau pakai tudung tak payah cover dada? takde kan?sebab dalam Islam memang kena tutup dada. so, kenapa nak melenting sangat bila dia cakap macam ni walaupun ayat dia kasar tapi point dia betul.

Woi minah bertudung urban yang suka pakai sanggul tinggi-tinggi dalam tudung. Rambut ko tu dah memang pendek, takleh nak sanggul, takyah la gedik nak pakai sanggul palsu! Haram la woi... ko pakai tudung pastu bawah tudung tu ada sanggul yang haram.

dulu isu ni dah pernah timbul kan? dah ramai yang keluarkan hadis yang relate dengan isu ni. kenapa korang nak melenting jugak?

yang last point tu farysa memang no komen cuma style tudung sekarang ada yang tak kena. boleh tengok entri NI.

manusia mana yang hidup tanpa emosi? manusia mana yang bercakap, menulis tanpa emosi? takde kan? memang betul cara penulisan kasar tapi kalau memang point dia betul, kita tak boleh pejam mata lepastu hentam budak tu. there must be something behind that entry, sebab tu  bila baca boleh nampak budak tu tengah marah. kalau kita tengah marah, agak agak kita tulis ayat berbunga, puitis bagai ke? tak kan?

after baca entri tu memang dah agak akan ada yang komen, sekurang kurangnya bertudung dari dia yang tak bertudung. lebih elok korang tanya ustaz atau ustazah apa bezanya orang bertudung yang tidak menutup aurat dengan cara betul dengan orang yang tak  bertudung. bila dah dapat jawapan baru korang komen dekat budak tu sebabnya komen korang kadang kadang ada yang lagi teruk.

"tak ada istilah yang pakai tudung macam ni lebih baik daripada yang tak pakai tudung, kerana dua-dua ialah sama iaitu TIDAK TUTUP AURAT"

kenapa bila jadi macam ni nak salahkan mak bapak? kenapa nak hentam guna mak bapak?agak agak kalau kena batang hidung sendiri, orang cakap pasal mak bapak kita, kita marah tak?

pandai pandai la korang renung renungkan. farysa pun tergigit lidah jugak bila baca entri tu sebab kadang kadang ada terkena batang hidung sendiri. kalau kita sedar lebih elok kita perbaiki dari hentam budak tu. betul tak?







2 comments:

None said... REPLY

betul2=)...sama2lah kita perbaiki diri..

Era said... REPLY

Siapa yang cakap camtu?

Melampaunye lah kan kalau ye pon nak ngutuk. Isyh2..

Ehem, GA kite dah lancar. Ape lagi jom la join!
Tarikh tutup 31 May tau. Kite tunggu. :)

Post a Comment