Friday, December 24, 2010

♥ sale beg cap harimau

korang lalu lalang KLCC mesti nampak butik yang ada muka harimau. kira sebelum masuk pintu pikir 2 3 kali dulu. dan yang pastinya bila suruh mama belikan, mama akan cakap 'muka harimau macam tu pun nak, dekat zoo pun berlambak harimau'. isk! muka harimau tu la yang buat jadi mahal, yang pencuri nak curi pun jadi takut tengok harimau nganga luas luas.

tapi sekarang tak best bak kata si kekasih hati, pergi petaling street berlambak mak cik pak cik pakai. ok fine. ni memang favorite farysa, berangan tinggi macam gunung kinabalu, sekali orang lain yang dapat sebab tu dia boleh cakap tak payah beli sebab dekat petaling street pun ada.

sebab taknak dengar dia pot pet pot pet macam burung murai jugak la farysa beli diam diam. wakaka. sekarang tengah YES kan, so, dekat website tu memang murah even bila convert to RM. lagi satu kalau nak beli kena guna credit card yang mana sampai bila bila pun mama takkan bagi farysa credit card sebab nanti hari hari kena makan pasir. korang boleh check edhardybag .

so, selangkah nak masuk butik terus pusing balik. beli dekat PRIMOCHIC yang memang gila murah. memang rasa nak beli semua walaupun duit dalam bank dah macam daun kering. nasib baik dapat ayah yang memahami, walaupun taknak amik tau apa anak dia nak beli tapi tetap salurkan sumbangan yang diterima dengan ikhlas.

dah la. malas nak bebel macam orang poyo. sebenarnya farysa nak cakap blogshop tu memang boleh dipercayai, barang pun authentic yang bukan cap petaling street.


amaran : sila baca size bag sebelum beli mana mana beg. sumpah beg ni besar gila, boleh sorok baby. jadi conclusionnya, saya dapat beg kelas baru.

0 comments:

Post a Comment