Monday, December 27, 2010

♥ kera, pet terbaru dekat hostel

pernah datang ke zoo kera? macam macam jenis ada, cuma jantina hanya ada dua. tak macam manusia, ada banyak jantina. kera sekali dua kali tengok comel, tapi lepas tiga kali tengok nak termuntah, tambah kalau tengok part mulut dengan hidung dia. selamat datang ke zoo kera di UIA. dekat sini memang macam zoo, sebab ada kera, anjing pun ada, setakat kucing, burung tu tak payah cakap, memang berlambak. eh, kera pun berlambak jugak, cuma anjing macam kurang sikit. maybe dah jumpa habitat baru.

malas pulak nak bebel macam mak cik.

sebenarnya tengahari tadi farysa balik bilik sebab petang baru ada kelas, kira pagi cuma dua kelas jela. so, lepas dah jalan berpeluh peluh, melantak la, kesian perut bunyi drum. sementara nak tunggu azan, baring kejap. ni memang part paling best. tengah pejam mata, kononnya nak berangan kejap, sekali dengar bunyi plastik. oh, maybe roomate balik tapi dalam hati pelik jugak sebab sekarang patutnya dia ada kelas. malas nk buka mata, farysa buat bodo je. tapi hati macam tak sedap, sekali buka mata, mak oiiii, kera dah dekat tingkap. paling tak leh blah,kera leh tengok farysa bangun, muka ala ala macam puashati gila, pastu terus keluar tingkap macam pencuri. mana tak puashati, dia godek meja yang ada makanan. dekat tangan pun banyak makanan dia ambik.


no 2, 3 tu memang tempat ada makanan, dia masuk dekat no 1. farysa tidur kira bertentangan dengan tingkap tu je. nasib baik tak datang cakar. ingat macam nak tarik makanan tu dari dia, tapi tengok kuku memang panjang gila. tapi agak jauh jugak antara tingkap dengan meja tu, pelik gila macam mana dia boleh masuk curi. dah tu takde la bersepah sangat. selalunya binatang kan akan sepahkan barang.


ini kira live farysa tengok kera. terasa macam nak tengok gaya dia makan. time ni dia makan sumi, yang jeli tu.


yang ni memang dekat habis la farysa tangkap, padahal hati dup dap dup dap, sekali dia datang mampus. bila tengok kera ni makan, rasa macam teori Charles Darwin betul, memang sebiji macam manusia makan. cara buka sumi, cara dia isap sumi tu, lepas tu cara dia amik sumi yang macam tertinggal dalam bekas tu. after licin sumi tu, dia makan ape tah, nak macam kuih jugak kot, cara dia makan sikit sikit kuih tu maaa.....cam MANUSIA! dah habis semua makanan yang dia curi, lagi satu perangai macam manusia jugak, tinggal sampah macam tu je. kiranya, KITA MEMANG ADIK BERADIK KERA-lah! haha.

5 comments:

Syarafina Zaini said... REPLY

kera dekat U mmg bijak2.. agak2 ada sekolah kera kot dalam hutan simpanan diorg tuh.. hoho~


p/s: Tukar header blog..

A Y E I N said... REPLY

haiwan wajib ada dkt mana2 U
hehe same as uitm segamat .

Izzatie said... REPLY

Hahaha. Tak boleh kalahkan kera kat rumah i. Siap curi adik nye teddy bear lagi! Hahaha.

Erin said... REPLY

kera pun masuk U..belajar tinggi-tinggi.. :)

Tieqah Mardziah said... REPLY

kera UKM pon same..wuhuhu.. ciap pandai buka plsatik n tgk tv.. agaknye diowng curi2 blaja kat lecture hall..

Post a Comment