Wednesday, December 1, 2010

♥ exam dikala zaman sekolah

habes berangan depan meja makan, terus landing atas katil. excited nak cerita biar nanti semua tau farysa budak jahat. eh, bukan! bukan! tapi nakal. tapi dulu! sekarang bukan. sekarang musim SPM, takpun dah habis? sebab dah lama tinggal sekolah, otak stuck, tak ingat bila SPM. cerita ni bukan waktu SPM dulu, tapi waktu exam. tak kisah la ujian biasa takpun exam akhir tahun.

 dilahirkan kurang genius, terpaksa la farysa terjebak dengan situasi macam ni. kali pertama buat, memang macam kucing nak beranak, kiri kanan, depan belakang walaupun belakang dinding pun tengok setiap minit sebab takut. nanti cikgu datang ambik kertas, kena halau keluar kelas susah pulak. bila tengok soalan jadi tersentap, otak jadi blurred, mula-lah buat bunyi macam tikus, itik, sebab nak mintak jawapan kawan sebelah. bila dah dapat, senyuman terus macam kerang busuk.bila kali kedua tak dapat, muka slumber mintak jawapan lagi. akhirnya jadi sistem barter.

masa sekolah menengah dah jadi pandai sikit. kalau nak meniru letak kertas dalam tudung pen, lepastu pass dekat kawan. takpun kalau soalan semua objektif, calculator mesti dekat sebelah walaupun itu paper Bahasa Inggeris. calculator sangat berguna disaat soalan objektif sebab nanti boleh tekan ABC dekat situ.

bila umur makin naik, lagi makin pandai. time ni tiada lagi bunyi bising. semua berubah jadi bisu. bahasa isyarat mula jadi kegilaan. garu telinga, tepuk dahi, garu hidung, tenyeh mata, semua bermakna. kira ini zaman kegemilangan penggunaan bahasa isyarat.

bila berubah menjadi superb pandai, bila cikgu cikgu mula lebih genius memahami semuanya. farysa berubah menjadi ahli silap mata. bila kiri kanan depan belakang garu kepala tak tau, tangan terus gatal capai buku dekat belakang. dengan bangga dapat jawapan, bila garis yang diberi cuma sebaris tapi dapat jawab 2 3 baris, terus pass dekat semua yang garu kepala.

okey cukup. pada yang SPM, PMR, jangan buat tau. farysa tak pernah buat kalau SPM tapi PMR pernah. HAHA. nasib baik tak pernah kena tangkap. sekarang dah insaf. pada yang sekolah lagi, jangan guna cara macam ni sebab cikgu sekarang semua dah superb genius!



4 comments:

Leya said... REPLY

hahaha.....
kelakar je if teringat time2 sekolah kan..
hehe ;p

Dila is Azie said... REPLY

dasyat2. hehe :)

paan macho said... REPLY

farysa ngokngek...
hahaha

Rowena Chasez said... REPLY

eerrr...
ini tips meniru nie..
hahahaa~

Post a Comment