Wednesday, December 1, 2010

♥ bila menguap sila tutup hidung

bila flashback zaman kecik, pakai seluar pendek, rambut pendek macam lelaki tapi pakai subang gedabak besar, kalau dari jauh hilang dekat pasar malam pun dah boleh nampak. oh yes, hiperbola sangat di sini. nenek selalu pesan kalau menguap tutup mulut. rindunya nak dengar pesanan dia sambil peluk cium sambil tengok cerita Gerak Khas.rindu! esok nak pergi kubur nenek la macam ni.

okey sudah. hari ni pergi tengok Rapunzel. semua cakap best. dengan parking tak betul, turun tergedik gedik pergi cinema sebab dah lewat. start pukul 3, pukul 3 pun tengah parking lagi.lepas gelak menggila dalam cinema sebab kuda yang comel buat gaya macam anjing, Rapunzel yang comel guna kuali untuk ketuk ketuk,pergi Tesco makan. hantar semua balik, sekarang baru terasa letih.

bila dah letih mata mesti lali. tapi mata ni taknak pejam, gedik suruh tangan menaip.oleh sebab menggila dan pening, tadi menguap menguap menguap dan akhirnya farysa tutup hidung. dah sebesar pintu gua menguap baru sedar farysa tutup hidung bukan mulut. oleh itu, masuklah segerombolan syaitan ke dalam mulut, akibat sudah terlambat, tepuk dahi jelah jawabnya.sekian. good night!

2 comments:

the Dutchess said... REPLY

lawakkk la. hehehheee letih sgt gamaknye!

Mario said... REPLY

haha...best eh citer tu...nnt kena bawak my daughter ni...
errr...ekeke tutup hidung???adoila...

Post a Comment