sebenarnya belum layak untuk farysa tulis tajuk ni. yelah, baru 20 tahun makan garam, belum banyak pengalaman kalau nak dibandingkan dengan orang lain tapi semua ini tak menunjukkan fikiran farysa langsung tak matang. so, farysa teringin nak tawu kenapa manusia sekarang suka menunjukkan kemewahan yang dimiliki. kenapa? answer me please. penting sangat-kah untuk tunjuk semua tu. or besar sangat-kah kemegahan bila orang tawu anda banyak duit. hidup dalam dunia universiti sebenarnya sangat seronok. macam macam gelagat boleh tengok. farysa tertanya tanya kenapa orang yang tidak dilimpahi kemewahan yang melebih lebih hidup sedangkan yang dilimpahi segalanya hidup steady, rendah diri je.
kenapa hidup mesti ada kelompok? and kita boleh tengok kelompok tu jenis yang macam mana. tak boleh ke kalau bergaul dengan semua orang. berdosa sangat-kah? apa yang farysa lihat, manusia sekeliling berlumba lumba menunjukkan mereka sentiasa di atas. for what yea? kalau hidup kita hanya sederhana, hidup-lah cara sederhana. setiap yang Allah berikan ada hikmah disebaliknya. tapi manusia selalu lupa diri, lebih suka kejar kemewahan. selalu iri hati dengan kelebihan orang lain. kenapa tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki? bagi farysa, kalau itu yang mampu anda beli, beli-lah. kalau tidak mampu, tak berdosa pun.
kadang kala ada jugak manusia yang tidak mahu mengalah. sanggup menceritakan kehidupan mewah yang sempat diorang lalui dahulu. dulu lain, sekarang lain. untuk apa menceritakan semua itu kalau bukan dengan niat untuk menunjuk nunjuk. kalau benar dulu anda hidup mewah, itu rezeki anda dahulu tapi kini Allah hanya beri anda hidup cara sederhana. tak perlu-lah malu dengan apa yang dimiliki. lagipun takkan ada sesiapa yang menghina kemiskinan yang anda miliki. kalau memang ada yang menghina, orang itu bukan-lah orang yang patut dihormati. walau setinggi mana sekalipun anda di dunia, status anda di sisi Allah tetap sama.
let say kalau anda seorang anak businessman or pape la. do you need to mention about your dad or whatever, so semua orang akan tawu anda banyak duit. ataupun ayah anda kerja government dan berpangkat. perlu-kah diceritakan? do you have to say saya anak Dato. HAHA. lawak tak? bukan-kah sangat annoying bagi si pendengar. untuk apa anda ceritakan semua itu? untuk apa anda megah dengan kemewahan keluarga yang mungkin boleh hilang bila bila masa. kata ayah: kemewahan atau wang ringgit yang dinikmati sekarang tak perlu dimegah kerna wang ringgit hanya-lah pintu ke arah kemaksiatan. itu kata ayah and farysa admit benda tu. sebab tu orang tua tua selalu cakap bila tak ada duit baru ingat Allah, tapi bila kaya, lupa diri. bagi farysa, takde apa pun yang perlu dimegah sebab dalam dunia tiada sesiapa pun yang perfect. kalau dilimpahi kemewahan belum tentu hidup kita sebenarnya sangat bahagia.
4 comments:
mewah dengan ilmu lebih baik..
abah sya seorg tukang kayu...and me, as capenter jr...assalamualaikum beb, nice point! just be medium is the best,,,keep in touch luv, xoxo <3..
kind rgds,
medium
nicely said farissa. nicely said. :D
kesederhanaan mmg dituntut dalam islam..amalkan kesederhanaan dalam serba serbi :-)
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Post a Comment