sebelum start babbling, farysa terfikir kenapa farysa terlalu suka cakap pasal keduniaan. maksudnya kesemua entri banyak yang menyentuh kehidupan. kisah ragam manusia yang pelbagai. tapi entri kali ni sedikit kepanasan. walau macam mana pun tak sepanas hotfm. sekarang jom tengok dunia perempuan bertudung. mula mula tudung empat segi. macam macam jenis. dari yang plain sampai bercorak, kerawang, manik dan pelbagai. time tudung empat segi, macam macam jenis cara nak pakai tudung ni sampai melilit satu kepala. terangkat tak terangkat.
then, datang plak tren tudung dari indonesia yang jenis ada awning. ramai yang berubah pakai tudung ni. mula mula yang plain lepas tu datang pulak yang bercorak. habis trend ni, datang pulak shawl. sama-lah macam tudung awning tu. dari yang plain, datang pulak yang bercorak. dari kain jojet, polyster, sekarang dah ada yang cotton. sekarang ni famous pulak tudung jenis kain lycra. tapi ada jugak jenis cotton. mesti korang pening yang mana. ala, mana-mana korang pergi mesti nampak anak tudung syria yang berlayer-layer tu.
berebut pulak kaum hawa pakai tudung jenis ni. sebab apa kaum hawa sibuk ikut trend? sebab nak cantik-lah kan. tapi terfikir-kah anda tak semuanya akan buat anda nampak cantik. farysa bukan nak mengata tapi ini hakikat. buka mata and pandang sekeliling anda. bagi farysa, ikut trend tak semestinya akan buat anda jadi cantik. contoh kalau pakai shawl. bukan semua bentuk muka sesuai untuk pakai. kalau kita tengok orang lain cantik lilit shawl, memang-lah hati pun berkenan tapi kalau kita lilit shawl macam nak jerut leher, cantik-kah? lagi cantik kalau anda pakai tudung empat segi kan. kadang kadang ada jugak yang selepang. bukan-kah kain shawl sangat jarang.
sila jangan tanya farysa cantik atau tak anda pakai macam tu sebab dengan ikhlasnya memang farysa takkan cakap yang betul. farysa benci untuk buat orang tak yakin denggan diri sendiri. i'll try my best untuk tolong anda rasa anda nampak cantik pakai macam tu supaya anda takkan pernah hilang keyakinan diri. im sorry sebab terpaksa menipu. so, cara yang terbaik hanya-lah pergi ke arah cermin dan pandang diri anda. cantik-kah kalau anda pakai begini atau begitu. biar trend lama sekalipun asalkan anda nampak menawan. bagi yang cantik pakai shawl, sila pakai bersama anak tudung yer sebab sangat tak cantik bila nampak rambut. bukan-kah sama saja kalau tak pakai tudung. oh, bagi yang pakai anak tudung syria yang berlayer-layer, sila-lah pandai pilih sebab kalau tersilap pilih sangat-lah pelik tengok berkaler-kaler atas kepala, tak termasuk warna baju lagi. paling penting, kalau pakai tudung apa sekalipun, sila jangan pakai baju lengan pendek atau legging. sejujurnya sangat buruk.
akhir kata, hidup biar simple dan selesa.
sumber gambar : google
13 comments:
akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad , jil.2, ms. 223.
Yang penting niat betudung tu untuk tutup aurat. nampak cantik adalah bonus
setuju dengan apa yang dua orang di atas nie cakap..
nape shoutbox error farysa? cek it k~
tudung sarung paling simple, sarung dan dah siap..
saya dah berhenti pakai shawl yg ala2 yuna tuh sebab tak cukup sifat.. Tak menutupi dada. Pendek kan shawl tuh..
tapi sy still lagi pakai shawl yg besar. yg cukup syarat. alhamdulillah..
tudung sarung paling simple, sarung dan dah siap..
saya dah berhenti pakai shawl yg ala2 yuna tuh sebab tak cukup sifat.. Tak menutupi dada. Pendek kan shawl tuh..
tapi sy still lagi pakai shawl yg besar. yg cukup syarat. alhamdulillah..
sokong ngan n3 ni..
percaye x saye masih lagi pakai tudung 4segi tuh...
tak mengikut tren lansung. huhuhu~
kenapakah xble nak tgl pesan kt shoutmix ye..huhu.. xpe2..sini pon boley kan kan
love this entry :) xsemua fesyen sesuai dgn kita. so, it's not a necessary to follow the trend. mcm sy, x sesuai dgn tudung syria. wuuu. apa pun, jgn la berfesyen sampai melanggar hukum. sy pun belum cukup sempurna menutup aurat. need to evaluate and improve myself everyday. thanks for sharing ur thought :)
sori, shoutbox takleh guna, nk bgtau sis singgah, rookie satu 4u hehe
RasulAllah SAW ada bersabda " pada akhir zaman, Islam hanya akan pada nama"
PERSONAL BLOG ABOUT LEGAL & PERSONAL LIFE
pakai tudung mmg cantik..lagi cantik kalau niat pakai tudung kerana mahu menutup aurat seperti dlm garis panduan yg dittpkan dlm agama..
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Post a Comment