Friday, May 14, 2010

♥ putus cinta-kah?

pertanyaan pertama : sekarang musim putus cinta kah? okey okey, sila paham maksud sebenar putus cinta. menurut kamus peribadi farysa : putus cinta bermaksud akan hadir lelaki atau perempuan yang lebih baik dari sebelumnya. tanya siapa saja, pasti akan angkat tangan jawab pernah lalui semua ini. ini-lah maksud asam garam kehidupan. biar-lah beribu kali putus cinta sekalipun, jadikan itu pengalaman untuk anda hadapi masa hadapan. tipu kalau farysa cakap putus cinta tak menyakitkan. sangat-lah menyakitkan tambahan pula kalau cinta pertama.  imbau kenangan dulu memang sangat pedih tapi atas semua pengalaman tu farysa sekarang dapat jadi lebih tabah.

mama selalu cakap : bercinta bertahun lama pun belum pasti itu jodoh kita. ya! farysa memang pegang kata kata mama tapi farysa memang tak dapat lepaskan orang di hadapan farysa. insyallah kalau dia jodoh farysa tapi kalau sebaliknya, farysa redha. manusia hanya merancang dan Allah yang menetukannya. sebab tu entri sebelum ni farysa pernah cakap jangan terlalu taksub sangat sampai each entri nak tulis everything tapi tak sangka pulak manusia tu cakap farysa bodoh. HAHAHA. but, who cares. tu cara anda, and even anda akan putus pun farysa tak kisah. kejam-kah? biarlah. sampai bila perlu berlembut hati dengan manusia yang sentiasa cakap dibelakang orang sedangkan kita pernah anggap dia kawan baik. okey, okey. berbalik kepada topik di atas pula. bila putus cinta semestinya air mata akan menitis, tangis-lah sebanyak mana pun asalkan hatimu akan berasa lega. jangan malu untuk menangis.

bila anda putus cinta, ingat-lah bahawa anda belum kehilangan keluarga dan kawan kawan. itu sebenarnya lebih menyakitkan jika kehilangan. syukurlah anda kehilangan waktu sekarang bukannya setelah anda berkahwin. bukan-kah lebih menyeksakan? farysa pernah terbaca one book ni, jika orang itu kembali buat kali kedua, dia mungkin jodohmu. entahlah, itu semua hanya kata kata. yang penting berdoa supaya kita dijodohkan dengan orang yang mampu menjaga kita dengan baik. kalau putus cinta mesti akan buang barang barang yang diberikan si kekasih. betul tak? tapi tak untuk farysa. tak ke membazir semua tu? HAHA. sebenarnya tak perlu nak buang, lempar semua benda tu, kalau hati sudah kosong, barang depan mata pun tak bermaksud pape. kalau buang tapi hati masih teringat, tiada guna kan? tak susah nak merawat hati yang terluka sebenarnya. ah, dah terlebih panjang. sebelum farysa letak fullstop, kepada sesiapa yang putus cinta, cari-lah ketenangan.

9 comments:

@cik_ezati said... REPLY

puts cinta amat menyakitkan..almost one year dengan dye..one year juga i ambil masa untuk sembuhkan luka di hati (jiwang laks aku nie)

~ macam yang u cakap, lame mane pon kite degan dye, tak semestinya dye jodoh kte

barang-barang dye pon still ada lagi, tak buang

~macam yang u cakap, kalau hati dah kosong, barang dye kat depan mata kte pon, dah tak ada rasa ape-ape, itu yang i rase

btw..nice entry ;)

Norul Malakiah Sidek said... REPLY

btol sy setuju sgt..walaupun seksa jiwa dan raga, tp kita ttp ada org yg sentiasa sayangkan kita

Khairun Nisa Jalani said... REPLY

klu cinta per1 mmg ssh nk lupakan.. tp allah wat sume tu ad hikmah sebaliknya.. tp jgn lupa berdoa.. tq atas entry anda.. mgkn perpisahan adlh ujian bg kite.. kemudian hari idup kte akan lebih ceria.. insya allah.. amin

Aku said... REPLY

takpe..bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor..miahaha..

LinieyM said... REPLY

uhu..mmg pedih lah putus cinta.yeah-mybe skg musim putus cnta kot.rmy kaum hawa y teraniaya.hee~
3thn dgn dia..last2 clsh gak.
tp sush la farsya na cri ketengn tuh.dah byk kali cuba cri ketenangn tp stil ta jupe :'(

Unknown said... REPLY

2x da putus cinta
rasa cm takot je nak take serious lg
huhuhuuh

:: - LoLLy - :: said... REPLY

hello there !! =D

Anonymous said... REPLY

that's very true actually. I know a lot of my friends who part ways n split up just very recently. n sadly, that includes me :'(

n yes u were right, going thru it is never easy. esp if it's a bad break-up.

hwever, some people hv pointed out dat if it's worth having, it's worth fighting for.

question: what if breaking up with him/her was the biggest mistake of ur life?

then it becomes all a lil bit too late isn't it? when all things are said n done? wud u regret then? or wud u take a step back n when u're ready, u let go (as diff as it is), u move on you u move forward?

all I'm saying is that some things are beyond our control. n that is when u leave them to God as to not put ur hopes to vain.

P/S: An advice, take a little breather. Learn to love/know urself first before u start learning to love/know other people.

Loves. X.

SwEetForEst said... REPLY

ohoooo..penah sgt5..da bape kali tah..tp cm yg len2 ckp ade hikmah di sebalik yg berlaku..

Post a Comment