farysa di-tagged? ni bukan-lah kali pertama, dah tak tau kali keberapa tapi satu habuk pun farysa tak pernah update pasal tagged. korang kalau nak tagged cari masa yang farysa memang free tahap nak gayut pokok macam yang akmal buat ni. sorry sesangat kepada yang tagged tapi farysa tak buat. farysa dah cari balik tak batang hidung pun tak nampak. oleh itu, jom kita layan tagged kali ini :
1. Apa yang anda akan buat bila anda dapat tahu member anda tikam belakang anda ?
untuk soalan short essay seperti ini, farysa akan menjawab saya rasa macam nak penampar muka dia. okey, benda ni memang pernah terjadi, sampai sekarang pun budak budak tu tak tahu kenapa tetiba farysa tarik diri dari kawan dengan diorang. hello girls, sila pikir balik sambil tampar mulut masing masing. saya happy tak termasuk dalam geng tu sebab diorang semua banyak main tikam tikam belakang guna pedang samurai.
2. 6 orang di hati anda ?
- mr money merangkap ayah yang terbaik!
- mama yang sekarang suka melayan farysa shopping.
- my first sister yang suka bawa farysa jalan jalan sampai tercabut kaki.
- my second sister yang suka belikan barang banyak banyak.
- my brother yang sentiasa menjadi driver kalau farysa nak pergi airport.
- my other half-lah yang makin dekat dan dekat dan dekat.
3. Anda rasa anda comel ?
jawapannya tidak! tapi berharap ada yang cakap farysa comel. HAHAHA
4. Single or Taken ?
sila lihat header di atas, anda akan dapat jawapannya. sekian.
5. Blog yang anda suka ?
saya suka blog semua tapi bukan yang jenis mengutuk orang dibelakang tapi didepan lembut dan manis seperti gula. WTF! sorry-lah kalau kasar tapi i know she will read my blog and anda patut terasa kalau hati anda tidaklah keras seperti batu.
6. Adakah bilik anda kemas setiap hari ?
setiap hari memang tak-lah. saya seorang student, oleh itu susah, sangat busy. cewwahh, alasan sangat-lah bajet.
7. Lagu terakhir yang anda dengar ?
tak ingat tapi dengar lagu time tengok cerita adamaya, kira lagu jugak-lah tu kan.
8. Last teks mesej ?
dari MR KERING tapi harap maaf, mesej tidak dapat dikongsi. bak kata si dia : hal kita jangan beritahu orang lain.
9. Last phone call ?
jugak dari MR KERING.
10. Hari terakhir anda menangis ?
tadi sebab kepala sangat pening rasa macam nak hantuk dekat dinding.
11. List 5 kaler favorite anda ?
- pink
- merah
- hitam
- putih
- none
12. Orang terakhir anda ber-YM?
saya tak yym tapi skype. orang terakhir adalah MR KERING jugak.
13. Game paling anda suka ?
game boling dekat iphone sebab boleh baling iphone tu terus. HAHAHA
14. Adakah anda peminat MCR ?
siapakah itu?
15. Anda rasa Tag ini best ?
takde perasaan.
16. Tag lagi kepada 10 orang.
semua yang nak buat, silakan buat.
p/s : sesiapa ke pwtc esok, jom kita lepak lepak yer. HAHA