Saturday, May 22, 2010

♥ kisah copycat

copy + cat = copycat. bunyi comel tapi maksud langsung tak comel. sebut saja copycat, semua dah tawu maksud. lepas tu mesti sibuk sibuk tanya siapa orang tu. HAHA. tu kan memang lumrah manusia. normal-lah. kalau tak tanya tu yang tak normal. farysa bukan nak canang satu dunia orang yang gatal gatal tangan copy blog ni cuma nak cakap kisah copycat je. kalau dulu orang takut nak copy copy sesuka hati tapi sekarang berlambak beratur depan pintu nak copy. eh, apa kena mengena pulak dengan beratur depan pintu. agak agak korang, lepas korang fikir dari A sampai Z, pernah tak korang copy pape hasil orang lain? dalam ramai ramai mesti ada jugak. tu tu, malu malu pulak nak angkat tangan. dah nampak dah. takpe, bukannya salah pun kalau sekali sekala nak buat. tapi kalau dua kali dua kala, farysa kasi 'pangggg' je okey.

kalau dalam dunia blogger, blogger yang rajin blogwalking siang malam tanpa mengira jumlah peluh yang keluar tu la yang boleh nampak kes kes copy mengopy ni. dulu pernah heboh kisah blog HANIS ZALIKHA yang di-copy-kan. bila farysa bukak blog tu, memang sama sebijik tapi tuan diri boleh buat tak bersalah. lepas tu other blogs pulak. masing masing ada tarikan sendiri, masing masing ada kreativiti sendiri. buat apalah nak tiru orang lain. apa korang ingat, once korang tiru blog yang banyak peminat, orang lain pun suka blog korang? SALAH tu! SALAH! orang lagi menyampah sebenarnya.

bagi yang telah di-copy-kan, patutnya korang berbangga sebab dalam diam anda ada peminat fanatik. bukan semua orang ada peminat sampai nak di-copy-kan. tak perlu susah payah jadi artis pun. tetap ada peminat. kadang kadang ada jugak yang sampai buat entri pasal kebengangan yang dialami. why not korang steady, pergi kedai mamak lepak lepak, sebab korang sekarang sudah famous. kalau canang canang, tulis macam macam pun bukan ke kira dah mengaibkan orang. tidak baik untuk kesihatan diri yer. cara paling simple cuma korang just leave a message : thank you. semudah itu. dosa pun tak dapat. HEHE.

bagi yang mengopy ni, bawak bawak-lah confident dengan diri anda. kalau anda copy bukankah maksudnya anda tak confident dengan diri sendiri. tak salah nak ambil ideas tapi sangat salah kalau tiru sebijik binti sejibik. satu satu kelebihan yang anda dapat cuma pahala sebab nanti akan ada ramai yang memaki hamun anda, bukan-kah anda akan dapat pahala and diorang dapat dosa. tapi farysa bukan-lah nak suruh korang jadi copycat. PAHAM tak!
"copycat bukan dalam blogging je, even cara orang lain dressing, academic ke, semua tu kira copycat jugak. untuk hidup di muka bumi yang sungguh nyata, sila berasa confident dengan diri sendiri."

15 comments:

ceksumolek's said... REPLY

buat apa nk jadi org lain kalo boleh jadi diri sndri.. ye tak? :)

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said... REPLY

betol tu.,.jadi la diri sendiri..ermm..ade sorang hamba allah ni,.suke menyamar lak,..tu kes ape tu ek?

cik aiLebiu said... REPLY

byk je kes copycat kat alam maya ni...mostly pic2 la yg jd mangsa cilok...utk certain2 hal xsalah la kot..tp make sure kredit dkt tuan punya tu skali...

Hasrol Nizam said... REPLY

copy2, tapi tak jadi diri sendiri..so, takde point la nak blogging..hehe

gadiscomel said... REPLY

yup stuju! klu amek point dlm internet ke bole lah trima lg. ni tak g copy 100% pastu tak bg kredit kt tuan punya. haih!

shazika said... REPLY

we must be ourselves
no copy cat


jgn segan ke laman sy yek
Awek kesepian, kamu sudi teman?

tricksrex said... REPLY

blog pon ade copycat kee

Mario said... REPLY

sape weh...aku tak penah jumpa la...

Anonymous said... REPLY

ada orang bermula dgn meniru...dan mula pandai berubah setelah merasa kurangnya kepuasan dalam diri..

kalo tuan rumah tau..sejak bila wujudnya sikap meniru nie?

so, kita yang telah di copy2 ini..kalo nak menegur..biarlah dengan cara yang baik ya :)

senorita_alynne said... REPLY

CopyCat=Memplagiat

Dlu2 Time Nk Buat Assignment Je CopyCat! Hehehehe

http://senoritalynne.blogspot.com

cikAfro said... REPLY

copy bleh tapi kene kredits.one no thing,guna application CopyScape.anda dpt track siapa tiru isi kandungan blog anda,di mana dia dan apa yang dia tiru.sila tekan banner copyscape kat blog saya utk dptkan application tu.

cikAfro said... REPLY

typo.*credits *mo thing

Ida Sazarina said... REPLY

kalo xde modal nk wat entry xperlu nak update, dr sbuk copy cerita org jew..

melainkan kalo fakta yg xleh di ubah...so, bleh la nak copy~ :)

akuvision said... REPLY

buat olahan ayat, kalau nak copy pun minta kebenaran. Tapi dalam kes copy keseluruhan blog dan gunakan error address tu dah salah besar tu

Anonymous said... REPLY

betui..syuq pon penah tegur org yg suke copy dlm previous entry syuq.
dpt trace pakai copyscape la. 2 org lak tu..padahal ayat yg mengong2 je pon yg dia copy..cish

Post a Comment