Monday, May 24, 2010

♥hina sangat-kah

sekarang dah heboh pasal sanggul kan? buka mana mana blog, dah banyak yang tulis. farysa mengaku, memang nampak cantik but not for me la nak pakai macam tu. bukan nak salahkan sesiapa, bukan nak tuduh sesiapa, tapi once sesuatu benda dah jadi fashion, semua nak tiru. betul tak? tiru tanpa ambil tawu benda tu salah atau betul. well, tu hak masing masing. farysa bukan-lah alim. farysa admit. if korang pernah baca blog ni dari awal awal dulu pun korang tawu farysa macam mana. but, just be open-minded lah. bagi farysa, if orang tu dah buat keputusan nak pakai macam tu, what else kita boleh cakap. kita ada tiga cara untuk halang or cegah and yang paling lemah adalah melalui hati. cuba fikir kalau anda cover aurah tapi anda boleh cakap something fishy dekat orang orang macam tu, baik sangat-kah anda? manusia selalu lalai, bukan fizikal saja yang perlu dijaga, tapi terlalu banyak. kalau niat anda memang untuk cegah, cegah cara baik kan lebih elok. okey, pakai tudung macam mana sekalipun tapi kalau sanggol anda terlalu tinggi and everyone can see it, memang salah dalam Islam. farysa ada terbaca komen komen sampai nak cakap pakai tudung awning pastu letak pin dekat belakang nampak buruk and so on. hey, come on baby. itu style diorang. everybody have their own styles, right? biar-lah diorang nak pakai macam mana asalkan diorang tetap cover aurah.

kalau nak cakap pasal dosa, terlalu banyak yang boleh kita tengok. tak semestinya bila dah pakai tudung, dikira anda tutup aurah. pernah korang tengok senipis mana kain tudung tu? sesingkat mana? belum lagi farysa cakap pasal cukur kening kan. kalau dah boleh cover aurah dengan elok, kenapa nak cukur kening? tu haram dalam Islam and please dont tell me you tak twu itu haram. get it? hidup dalam dunia ada macam macam jenis orang. tak semua orang kita suka and tak semua suka kita. macam mana sekalipun kita benci orang tu, kita tak patut cakap something fishy. tegur biar-lah cara elok. farysa bukan nak meng-halalkan apa yang haram sebab tu berdosa. apa yang farysa nak cakap, kita sebagai manusia memang perlu cegah kalau kita tawu benda tu salah tapi untuk mencegah, ada caranya. bagi yang telah diberikan ceramah, even kita tak suka sekalipun, tak perlu kita nak cakap kasar kasar. balas elok elok kan bagus. kalau tak nak berubah sekalipun, itu masalah anda kan, orang tu dah cegah semampu yang boleh.

point farysa sebenarnya, kalau kita BETUL BETUL rasa dah cover aurah, kita cuba jaga bahagian lain. jangan selalu pandang salah orang lain. sebab dalam dunia takde sesiapa yang perfect and diri kita sendiri pun masih ada banyak lagi kekurangan. why not sambil nasihat orang, kita nasihat diri kita sama. oh, one more thing, jangan la senang sangat pandang hina orang lain sebab diorang jugak manusia biasa macam kita semua. sama jugak dengan yang free hair. tak semestinya kalau nampak rambut hati jahat. kadang kadang paling farysa tak faham orang yang dah terlalu lama makan garam. terlalu senang pandang hina perempuan yang free hair. pelik la. lagi lama hidup sepatutnya lagi tawu berfikir secara rasional. ingin ditegaskan, tak semestinya bila seseorang itu tak cover seluruhnya, dia seorang yang jahat,hina. and tak semestinya bila seseorang tu cover semuanya, dia seorang yang baik. bukti semua dah terpampang depan mata, surat khabar.

14 comments:

Mario said... REPLY

apsal ni weh...sabar k...

Nur Erma Suzieaty said... REPLY

ho ho da kecoh da ye psl tudung ni..

|| nemo mimosh || said... REPLY

betul3..sokong3 !

jadi diri sendiri.
menjaga aurat ikhlas dari hati.

Anne Boleyn said... REPLY

yep.banyak dah blogger cakap pasal sanggul tinggi ni hana tengok. Tapi just memerhatikan je lah..tak berani nak komen lebih2.. kita pun x perfect kan..

zimah said... REPLY

sabar farissa...... zmah mntk maaf kalo farissa rs zmah one of them. but, i accept just the way u r! ok?

farysa said... REPLY

zimah,this is not for u la syg
jgn la trasa
farysa cuma tlis suka2
sorry eyh =))

petite said... REPLY

sabar2,but then perkara mcm nih mcm da jd kebiasaan kpd mereka2 yg lain. eventhough dieorg tau benda tuh haram n ditegah, tp dieorg take it as a common thing to do. sabar ye farissa.

farysa said... REPLY

anis,
the point is...aku bkn ckp psl diorg amik mdh
aku ckp psl org yg xreti pkir n ske2 ati judge org lain

akuvision said... REPLY

nak tegur perlukan cara halus

♥~KiN~♥ said... REPLY

tul 2.kite kdg xsdar. dlm berhias2, melawa-lawa,part2 aurah diambil mudah,im not 2 perfect, but then klu ternmpak ssape jek kai sanggul tinggi2, hanye mampu doa je moga dibukakan pintu hati tuk berubah dan moga kite xtrpengaruh skli.wlupun de 2 adalah member sniri, kdg dorg xleh trime klu kiter tegur care dorg.tuk tdak merosakkn pershabatn, jlan trakhir adalah dgn brdoa

chybee said... REPLY

itu la kan..ramai orang suka tgk salah org lain..tak pernah nak tgk salah sendiri

Amni said... REPLY

Hemm... moga yang bertudung akan berusaha untuk jadi lebih baik.. moga yang tak pakai tudung, akan bertudung... bukan pe, rugi kan yang pakai tudung, tapi aurat yang lain tak jaga... dan rugi jugak yang baik tapi tak bertudung sebab bertudung, menutup aurat dengan sempurna dan buat baik tu kan tuntutan agama... tol tak? hihihi... banyak komen lak aku nih. MCam baik je kan...=P

petite said... REPLY

oo, ha'ah. btul gak tuh. yg tuh pun ak sokong. heh, sorry2, ak terlambat catch up sebentar. otak suda karat woohh..

nuriz said... REPLY

ustaz zaharuddin ada ulas pasal ni, bagi sesiapa yg belum pasti leh la baca kat wen dia

Post a Comment