Wednesday, April 21, 2010

♥rewards dari maxis kepada farysa

ayah kata : buat baik selalu dekat orang. oleh itu, farysa sentiasa buat baik walaupun at last farysa sakit hati. ok stop! sebenarnya tak berapa ada kaitan tapi ada jugak 10 %. sila pilih antara maxis, celcom dan sebagai bagai yang berlambak tu. sekarang dah macam macam jenis nama syarikat telekomunikasi sampai orang pun tak tahu mana yang terbaik. semua sibuk berlumba lumba macam ikan lumba lumba untuk cari keuntungan. orang tua tua selalu kata : pilih orang islam dulu or tolong orang islam dulu. tapi macam mana nak tolong orang islam kalau diorang sendiri kadang kadang aniaya customer. ok cukup!
bila mintak no telefon, orang mesti tanya : you guna maxis, celcom, digi or what? sebab nak save kredit bila call or mesej. orang kalau mintak memang straight farysa akan bagi maxis. kalau diorang tanya no lain, farysa selumber badak cakap tak ada. bukan tak nak bagi, tapi no lagi satu cuma farysa khaskan untuk family or yang rapat rapat je.

*sigh

sebenarnya dah terkeluar tajuk. jom la farysa straight to the point terus. dalam tengah hari tadi farysa dapat call dari maxis. 
bak kata orang tu : you dah guna broadband maxis lama, so kitorang ada discount untuk you. every month starting from this month kitorang akan tolak RM20, so you hanya bayar RM 78 je selama satu tahun.
bagus kan? sebab tu kalau kita stick kepada satu je, macam macam rewards kita boleh dapat. sekarang ni broadband ni memang laju teramat, kalah streamyx dekat rumah. kalau dulu farysa nak download satu movie dah dalam 3 4 jam tapi sekarang satu movie tak sampai satu jam. heaven gila kan? orang selalu cakap coverage maxis tak wider macam celcom. tapi korang pernah guna and stick lama lama tak dengan maxis? dah slow sikit terus korang nak tukar yang lain kan. kalau farysa bawak masuk broadband maxis ni ke pedalaman pun coverage still dapat jugak. so, siapa cakap broadband maxis tak bagus?


sila lihat rupa broadband yang farysa guna. say no to usb! cabel sangat senang, cucuk, terus guna. nampak gedabak tapi sebenarnya slim okey. =))

cakap pasal sim card pulak. sebenarnya farysa guna sim card ni dari form 3 sampai sekarang. sila kira berapa tahun yer. and start awal tahun ni farysa asyik dapat topup RM3 free dari maxis. memang nilai yang sikit tapi bukannya ramai yang nak bagi free kan. dia selalu mesej cakap kalau topup RM10 akan dapat RM3 free tapi kadang kadang tak topup pun farysa tetap dapat.  hidup memang heaven dengan MAXIS.

7 comments:

rizputra7 said... REPLY

tapi susah gak dapat modem yg besar macam tue..sebab nak kena plug elektrik..kalu usb senang jer..cucuk jer..tak payah nak plug in

farysa said... REPLY

a'a
stu jela kekurngn die
kne plug elektrik
tp xd bsr pn
sme sze cm harkdisk je

Anonymous said... REPLY

aku pengguna maxis... fon jer lah
tenet aku guna digi. lg murah dan laju
hehe

farysa said... REPLY

maxis mrh jgk pe
skrg kn ada 48/sebulan
=))

Unknown said... REPLY

untunglh u dear..u mmg setiaaaa...=)

farysa said... REPLY

i setia kpd semua
ahaha

Unknown said... REPLY

samalah kita pun guna maxis berokband ni huhu

Post a Comment