first, farysa cuma minta kamu, kamu, dan kamu untuk baca ini. penat nak kias kias ala ala karyawan. oleh itu, sila berikan perhatian. kisah lama biarkan. kita hidup ke depan bukan ke belakang. gambar farysa dengan si dia pun dah terpampang, jadi, bawak bawak la faham. berhenti cucuk cucuk jarum peniti ke pape. saya sudah penat. bak kata seseorang : terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata tanggung sendiri. so yea, farysa pun takkan lupa kata tu sampai bila bila. ohh, kalau kamu turut baca, sila jangan anggap saya perli anda, saya cuma guna ayat kamu saja. lagi satu, jangan ingat saya masih ingat kisah kita, saya sudah padamkan dua tahun yang lalu. kedua, saya minta kamu berhenti call atau mesej. dengan lurus bendulnya saya cakap terus terang di sini. kamu juga seorang stalker macam yang lain lain, dan kamu memang akan baca entri ini, so saya amik peluang ini untuk buat kamu faham sefaham yang boleh. faham anak anak? sila jangan kata saya sombong. saya bukan sombong. saya ada hati yang perlu dijaga. ketiga, saya tidak pandang paras rupa dan harta. banyak mana pun duit anda, semahal mana pun barang yang anda ada, saya langsung tak kisah. i amik kisah duit ayah i je. haha. keempat, tolong berhenti amik hati saya. rimas! sangat geli kalau nak buat buat jiwang sebab saya cuma jiwang dengan orang yang saya nak jiwang. saya tawu kamu, kamu, dan kamu orang yang baik. kamu lebih layak untuk gadis yang lebih baik. tapi i pun baik jugak bukan jahat mana pun. kelima, semua kenangan ajar saya menjadi diri saya pada hari ini. so, thanks kepada anda yang memberi tunjuk ajar. kesalahan anda sudah lama berlalu, saya sudah lupakan, juga sudah dimaafkan. sila jangan ungkit untuk belas kasihan. keenam, disebabkan anda kepala saya serabut, tolong jangan harapkan pada yang tak sudi. ok, cukup! seikhlas hati sudah saya huraikan di sini. akhir kata, saya cuma minta kamu, kamu dan kamu doakan agar saya bahagia dan gembira di sisi orang yang tahu hargai saya.
ikhlas : farysa