Wednesday, June 20, 2012

hello Bukit Tinggi & Padang



kali ni biar farysa pot pet pasal vacation last week. aisehh...vacation wooo...takleh belah. gaya dah macam pegi Europe. bila orang cakap sulam sulam ni, semua nak kaitkan dengan Bukit Tinggi. hebat sangat ke diorang menyulam? baca bawah ni weh...baca!

memang hebat pon orang Bukit Tinggi menyulam. serious! farysa ada pegi tempat orang belajar menyulam dekat sana, mau juling biji mata nak buat. kalau harga kain sulam ni mahal, bayar jelah yer sebab nak buat bukannya senang. kalau suruh buat sendiri belum tentu sebulan nak siap. 

kita selalu tertanya, apa ada dekat Bukit Tinggi ni? kalau Bukit Tinggi memang famous dengan sulaman, pegilah borong kain dekat sana, siap boleh mintak diskaun. percayalah! aha..jubah pun tip top jugak dekat sana. i got mine yang bersulam sulam tu dalam RM50-RM60. kalau dekat Malaysia...ya ampunnn...harga nak beratus je. 
senang cakap kalau orang yang nak pergi Bukit Tinggi ni, korang cuma boleh shopping kain sulam, telekung, jubah, kain pelikat. itu aje! yang best... pemandangan lawa gila. 


lepastu jangan lupa try Bika pisang dengan Bika ubi. sedap! percayalah untuk kali kedua! =D diorang bakar guna kayu, bukan kayu biasa tapi kayu manis. sebab tu mostly makanan diorang ni sedap.


kalau pergi jalan jalan tu takpayah asyik shopping, makan je, cuba tengok kalau ada tempat bersejarah. bukan boleh pegi tiap tiap hari. kalau dekat sini, korang boleh pegi rumah Hamka. siapa Hamka? pegi tanya pakcik google.


dekat Padang, korang boleh terjah Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. bunyi macam bosan gila. tapi takpun. dekat situ boleh duduk golek golek dalam rumah Minang, nak try semua baju Minang pun boleh jugak, tapi kena bayar...around RM12 macamtu. nak tengok model berbaju kahwin Minang, boleh tengok di bawah:


hahaha. tengok sekali cukuplah. 
alasan: baju 3 lapis sebab tu lemak bertambah tambah. ;P

Pantai Muaro dekat Kota Padang memang berlambak orang jual telur penyu. try la rasa, sedap jugak KOT. hihi


perutku berbunyi lagu.."oh! saya lapar.saya lapar. "
BYE


1 comments:

Amsyahril Syahril said... REPLY


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Post a Comment