Friday, May 11, 2012

mangsa kerakusan

Gila lama tak update guna laptop. selama ni update thru phone tak sedar blogger dah berubah. patut la rasa loserrrrrrr sangat tadi. saya nak update, nak update jugakkkkkkkk! sebab saya rasa nak terjun bangunan 100 tingkat. sedih gila gila, maaf!

birthday saya dah lepas, dah berbulan bulan lepas. sedih sebab ada orang bagi hadiah sebulan selepas birthday saya dengan alasan taktau nak bagi apa dah. alasan yang sangat menarik, tak gitteww? tapi sebab hadiah dia sangat menarik, saya maafkan dia. kira at the end of April baru dapat hadiah tu. lagi sekali sebab saya sangat teruja dan excited yang amat amat sangat, bila dapat hadiah terus balik bilik landing atas katil sambil bukak kotak. bila teruja sangat pegang hadiah sampai saya tercabut cover atau bezel ah? entah nak panggil apa benda tu. mak aihh, terketar ketar takyah cakap lepas tu, cuak bukan main. terus call service center dengan harapan dapat menyelamatkan hadiah tu. few days later, amoi tu cakap dah memang takboleh buat apa apa dah. rasa nak guling guling dalam kedai tu, muka memang habis seposen tengok orang dekat sebelah. ah! saya tak sengaja lah!

eh, aku membebel tak tunjuk gambar. orang pun pening kepala baca aku bebel. ah! lantaklah. tengah sedih lagi ni.


inilah mangsa kerakusan saya. dia yang hadiahkan untuk saya tapi tak sempat nak gomol jam ni terus tercabut. T_T

sepatutnya cover atau bezel tu ada atas jam tu, nanti bolehlah pusing pusing kalau nak tengok jam.


paham dak? tak paham sudah. haruslah saya pakai jam yang bogel ni, kalau tak, ada orang taknak maafkan. 
padan muka kau farysa! 


0 comments:

Post a Comment