Sunday, January 22, 2012

♥ pancake

heyya ladies, lama gila tak tulis pasal makanan. pernah tambah lemak dekat Paddington House of Pancakes? sedap kan? tetiba balik rumah lapar pancake. time dekat KL tu tak terasa pulak nak lapar. macam macam pikir nak cari pancake area sini walaupun confirm memang takdak. at last, cari resepi, buat sendiri jela. dari A-Z buat sendiri, tak beli pun yang dalam kotak tu hokey. kang takdak feel mau makan. siapa ada anak anak kecik, boleh try. cepat dan mudah. paling suka bila rasa pancake gebu macam pipi yang gebu. err, ter-over pulak. tapi betul la, semua puji apa, bukan tipu. haha.

macam biasa-lah, resepi mesti cari dekat myresepi. asal ikut resepi dekat situ, mesti jadi. acece, nak jugak puji. hehe. dekat bawah ni ada resepi pancake :

Bahan- bahan :
115g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil krim tartar
25g butter
1 biji telur
150ml susu segar
1 sudu besar gula
secubit garam

Cara-cara :
1. Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat, dan krim tartar, then, sila gaul.
2. Masukkan butter, then korang gaulkan biar jadi macam serbuk roti tu. kiranya macam berketul ketul, ada faham?
3. Masukkan garam, gula, telur, dan susu. Gaul la sampai penat dan sebati.
4. Panaskan kuali, takpun cari frying pan yang comel, baru dapat pancake comel bukan jadi lempeng, boleh tuang satu senduk adunan tadi tu.
5. Sila jaga api supaya pancake tak hangit. Time ni, tengok sampai ada keluar buih buih cinta, biar buih buih tu meletup letup sampai tinggal macam lubang jerawat, then baru korang terbalikkan.
6. Siap! boleh hidang dengan aiskrim, maple syrup, honey, butter, atau pun try Hershey syrup.


ini hasil original sebelum licin. ingatkan nak beli maple syrup, since takde tanda halal, tak berani nak beli. esok kena paksa buat lagi. tapi farysa dah malas walaupun mama cakap esok mama bayar kalau buat. oh, melampau gila kan? kalau boleh esok nak try strawberry mousse. aha! berangan-lah kau. bahan-bahan pun belum beli. tadi tak sanggup nak menyempit dekat Tesco, Giant, kedai bakery. apa pasal ramai gilaaaaaaaaaa orang harini? dah tu orang melayu pulak. siapa yang celebrate CNY sebenarnya? oh ya, selamat mencuba! 




1 comments:

saya_arief said... REPLY

sedap2.. fevret nih..
mintakkk.
:P

Post a Comment