Monday, January 2, 2012

♥ our 2012's cupcakes

hello 2012!
hello peeps!

alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi nak merasa tahun baru, walaupun dalam flight tadi rasa macam this is the time! seriously, selama naik flight, tak pernah rasa melambung, dah macam duduk tengah laut kena ombak pun ada. yang budak perempuan dekat sebelah boleh nangis, plus, baby menangis makin kuat. dah macam dalam cerita Final Destination pun ada. jadi gabra pulak tetiba tapi berdoa jela. kalau tak, esok muka dah masuk dalam paper, famous seketika.HAHA. best boleh balik rumah time final ni, terus tak stress. kalau duduk uia, stress nak mampus, serabai, macam orang gila.

lagi best bila 1 Jan takde paper. kalau tak lagi menangis beguling guling sebab tak boleh tengok bunga api. ajak encik kekasih pergi tengok bunga api dekat Dataran Merdeka tapi banyak jalan tutup, so kitorang tukar plan pegi KLCC. haaa, duduk tengah tengah jalan, lagi sedap tengok fireworks tu, terus bertukar jadi romantik walaupun orang penuh kiri kanan. acece, rasa macam jatuh cinta pandang pertama tetiba. kebetulan farysa order cupcakes, konon nak lagi romantik, makan sambil tengok fireworks, tapi last last susah pulak nak bukak ribbon tu. elok habes fireworks baru boleh bukak. haeh. stress kejap!






cantik tak? sedap sangat sangat hokey. 
kalau nak try, boleh cari dekat facebook 'CUPCAKES WITH LOVE by Aunty M 
farysa curik gambar ni sebab nampak lagi lawa gambar ni dari tangan encik kekasih hambik. gambar asal semua nak blur je, parkinson kot.hehe.



2 comments:

waveX said... REPLY

tgk pun mcm dh sedap..belum mkn lagi..

--Hafidz010-- said... REPLY

best btul tgk fireworks dpn KLCC

Post a Comment