should i bring it to the next level?
YES! NO! YES! NO!
I DONT KNOW!
eh, rilek rilek la dulu. lagi dua tahun jeeee nak habis study. nak cepat cepat nak kejar apa entah. kalau cepat sangat nanti nak melancong dah kena guna duit sendiri. nak shopping pun dah tak boleh buat muka sedih dekat ayah. TAPI bila tengok kawan kawan rasa jealous pulak. takpelah, saya masih belum puas hidup dibawah jagaan ayah saya. hehe. *padahal kau penakut nak bagitau diorang sedangkan orang itu selalu suruh bertanya
saya masih belajar, tak sanggup nak tambah tanggungjawab lain. saya nak merasa guna duit sendiri atau hanya duit dia untuk majlis itu, bukan fully sponsored by my parent. oleh itu, untuk tahun baru haruslah pong pang pong pang pasal azam tahun baru kan. untuk mencapai target dan impian ini, haruslah setahun hanya satu designer handbag, kasut takpe kot. begitu jugak dengan gadget yang perlu diminimumkan setahun. settled azam tahun baru. yang lain boleh macam biasa mungkin! eh kejap! saya haruslah belajar mematangkan diri dan berdikari dan menambahkan ilmu agama dan yang pasti perlu tambah CGPA sebelum terlambat sebab ada orang cakap kena lebih 3.9 baru dapat apa apa saja. homaigod! stress seumur hidup. T_T
apa pun, sila doakan agar keberanian saya menjengah jua supaya saya tak penat dengar leteran manusia itu supaya terus bertanya bertanya dan bertanya. aiyoyo! insyallah, hari itu akan tiba. disebabkan cerita itu bermula 070907, haruslah segalanya tujuh. jadi, saya berazam menunggu sehingga tujuh tahun untuk membuka chapter baru bagi cerita itu.
HAPPY NEW YEAR
2012