Wednesday, August 10, 2011

♥ kenapa mesti Allah dan Islam?

blog sekarang semua tengah panas pasal makcik tu kan?if korang pernah terbaca blog dia atau ada yang baca komen dekat facebook Murtads in Malaysia and Singapore tu, korang akan cuba untuk faham setiap ayat diorang.mungkin ada yang akan tertanya kenapa diorang jadi macam tu and so on.mungkin jugak yang pernah berdebat dengan diorang sampai kadang kadang kita sendiri yang terjerat.soalan diorang memang kira killer quest jugak sebab kita ilmu tak penuh didada, macam mana nak jawab soalan diorang.

lepastu kita sendiri akan terfikir :

1. “Kenapa Perlu Saya Sembah Allah?!”
2. “Saya takkan menyembah Tuhan yang saya tak nampak…
Buktikan Allah itu ada!”
3. “Kenapa Allah… Tidak Tuhan lain!?”
4. “Kenapa Allah tak pernah makbulkan doa-doa saya, sedangkan Allah berjanji setiap
doa yang dipohonkan hambaNya kepadaNya akan dimakbulkan!?"
5. “Kalau Allah Maha Penyayang, kenapa orang-orang kafir akan dibakar selamalamanya
di dalam neraka?”
6. “Kenapa terdapat banyak agama di dunia ni, kenapa tidak satu saja dari zaman Nabi
Adam a.s.?”
7. “Awak cakap kitab-kitab agama terdahulu tercemar dengan tulisan-tulisan tangan
manusia, boleh awak buktikan? Kalau setakat cakap siapa pun boleh cakap kan?
Buktikan! Itu yang saya mahu?”
8. “Saya terbaca dalam banyak media dan internet yang Islam merupakan agama yang
menindas wanita, benarkah begitu? Boleh jelaskan?”
9. “Jika awak katakan yang Islam tu adil, kenapa hanya lelaki dibenarkan kahwin
sampai empat sedangkan wanita hanya dibenarkan bernikah hanya dengan seorang
suami, bukankah tak adil namanya tu?.”
10. “Kenapa pula wanita didiskriminasikan dalam pembahagian harta pusaka, bukankah
awak katakan yang Islam mengutamakan hak wanita dalam semua perkara?”
11. “Kenapa pula Allah menyuruh para Malaikat dan Iblis menyembah Nabi Adam a.s.,
sedangkan menyembah makhluk tu satu perbuatan mensyirikkan Allah, tolong jelaskan
kat saya?”
12. “Apa yang saya tahu, Nabi Muhammad menerima wahyunya yang pertama ketika dia
berumur 40 tahun, jadi apa agama Nabi Muhammad sebelum dia dilantik menjadi
Rasul?”
13. “Kenapa Hukum Hudud dalam Al-Qur’an tu nampak macam terlalu kasar, bukankah
tak bertamadun hukuman sebegitu.

sebenarnya soalan atas ni semua bab yang ada dalam buku Syahadah-Dialog dengan Gadis Melayu Atheist.

 korang boleh baca untuk faham mereka yang murtad ni atau teguhkan lagi ilmu korang dan yakin dengan Islam. farysa sendiri tengah cari buku ni tapi buat masa sekarang cuma dapat ebook saja. for those yang berminat nak baca, boleh download dekat [SINI] .