hai kamu kamu kamu. farysa busy gila sekarang, hari hari boleh online tapi setakat sejam dua sambil buat kerja. lepas ni banyak lagi assignment dengan presentation. nasib baik farysa bukan jenis gelabah, tension, stress cepat sangat. kalau tak confirm nangis sebab banyak due date next week. semalam pulak kena register untuk shortsem dengan longsem. kalau uia, register kena buat sendiri, kena berebut kelas dengan student lain. so, kalau internet yang macam siput babi tu, memang selamat tinggal la. alhamdulillah, dapat jugak semua subjek kecuali arab! berkarat pulak la otak lepas ni kalau stop belajar arab.
harini last class untuk study circle. bila last class maknanya memang belajar pasal jenazah. ingat nak skip kelas tapi sebab after class ada discussion, terpaksa pergi jugak kelas tu. baru sedar farysa berani jugak tengok cuma bila part nak bungkus tu memang pusing belakang tengok dinding. HAHAHA.
oh, farysa dah dapat handbag yang farysa cakap dulu tu, beli dengan SMASHING PIT STOP. harga memang murah banding dengan beli dekat butik. pergi la beli, owner boleh dipercayai, jangan risau. =)
p/s : birthday farysa dah nak dekat. jangan lupa bagi hadiah eh. ;p