Wednesday, January 26, 2011

♥bila exam boleh online, soalan macam......

ah! err! hm! isk! cam mana nak start ni? okey okey. semalam paper arab, otak blank bila tengok paper tu. rasa macam nak tiru orang sebelah. kebetulan sebelah farysa budak lelaki, macam nak cakap "awak, saya nak jawapan boleh?" (penuh dengan liuk lentok). nasib baik tak buat, rasa macam gedik nak mintak penampar 5 kali. keluar dewan rasa down, kalau orang ajak terjun bangunan 2 tingkat pun nak ikut.
pagi ni pulak paper novels. kitorang memang boleh bawak laptop, boleh online cari jawapan. BEST gila! rasa nak cium pipi lecturer sebab baik hati sangat. mana ada lecturer bagi jawab midterm centu. tapi bila dapat paper tadi, grrr! aku benci kau lecturer! soalan memang nak suruh budak budak penggal kepala. tough ibarat badan kau berketul ketul. dalam masa sejam setengah buat 3 soalan yang macam 5 x 2 soalan = 10 soalan. hahaha. bayangkan soalan yang kalau tak boleh online memang akan bagi kertas kosong dekat lecturer. damn! lagi sekali rasa macam nak terjun bangunan.
after novels ada paper sociolinguistic. belek kertas 2 kali sebab ada ABC, ada TRUE and FALSE, ada short answer. macam duduk tadika, cikgu cikgu bagi kertas suruh mewarna. suka! rasa hilang semua stress tengok paper tu. saya sayang sociolinguistic walaupun part true false tu macam confius sikit tapi sikit je.
dah la, nak enjoy sebab nak hilangkan stress. esok paper CCT yang lagi sekali buat  farysa nak terjun bangunan 40 tingkat. pergi balik soalan mesti IIUM. macam benda lain dah tak wujud. otak creative pun boleh beku kalai semua IIUM. nak balik rumah la macam ni! nak kawen! taknak belajar dah. HAHA

3 comments:

aliza said... REPLY

hahaha..gatai nie nak kawen jer ea.

nuruljannah sukhri said... REPLY

rindu pulak zaman study dulu..ngeheeee..
sabar farysa..farysa amik kos apa ek?

Ain Asrar said... REPLY

kawen macam best kan kan kan :)) hahah

Post a Comment