Thursday, December 9, 2010

♥ jerawat vs detergent TOP

sini sana situ, farysa tak buka kedai penjagaan wajah la. ke kau perli muka aku yang penuh jerawat zaman dulu? HAHA. sebab murah hati, tak perlu risau risau, pergi kedai runcit, beli detergent TOP:
lepastu tuang dalam setengah penutup botol tu, campur air sikit, letak tapak tangan, gosok sampai berbuih, letak dekat muka. selesai! esok pagi mesti berhasil, muka pun bercahaya semacam. memang tiada lagi kesan kotoran. HAHA. farysa suka sangat buat jahat tapi takkan pulak ada yang ikut. hey, jangan kutuk detergent ni, TOP kesayangan farysa ni, selama dekat UIA belum pernah lagi farysa curang dengan TOP.

okey okey, ini kisah lelaki, perempuan, setengah lelaki setengah perempuan semua boleh baca. kalau ada menternak jerawat batu, jerawat kayu, jerawat daun, semua boleh. korang pergi cari produk natasya. cari 2 in 1, yang ada sabun dengan krim:
yang jenis ni je, tak payah gedik beli natasya gold bagai. harga maybe dalam RM30 kot. tapi dijamin berkesan. ini kalau jenis jerawat memang menternak dekat wajah. tapi bila jerawat dah berkurang, berhenti la pakai, cuba pakai pencuci jenis OXY, EVERSOFT, kira pencuci biasa.

 kalau jerawat seketul dua, tak payah la guna natasya. korang boleh try jenis ni :
mana mana kedai jual produk gamat, boleh la korang pergi beli ubat jerawat ni, brand AG 2000.

selesai masalah. jangan pulak korang ingat sekali guna terus hilang, memang farysa ambik penukul ketuk kepala. 

"sorry sebab muka masa menternak jerawat memang takde dalam album, cuma ada gambar fake ni je. licin semacam pulak bila tengok. mana sisa sisa jerawat?"


2 comments:

superduper_dknuckle said... REPLY

akk comel:)

Erin said... REPLY

huhuhu..
penjagaan tu penting..
I gne OLAY! :)

Post a Comment