Friday, October 23, 2009

♥kegagalan yang diterima

masa bergerak dengan begitu pantas.sedikit pun tidak ambil pusing akan kisah manusia.adilkah dunia ini?setiap kegembiraan yang diberikan pasti tidak berpanjangan.rasa sedih dan kecewa tidak pernah hilang mengganggu hidup manusia.mungkin mudah untuk orang yang tidak diganggu oleh perasaan kecewa untuk berkata kata.begitu lancar mulut mereka menuturkan 'ada hikmah di sebalik kejadian'.tapi apakah hikmah sebenarnya apabila sepanjang masa seseorang itu sentiasa ditimpa perasaan kecewa dan gembira hanya untuk seketika.selepas berminggu minggu bergenang air mata,akhirnya kegembiraan terpancar jua.tangan ditadahkan atas tanda kesyukuran.diharapkan kegembiraan ini berpanjangan dan untuk selamanya.tidak disangka alunan pembacaan al-quran seseorang mampu memberi hidayah kepada orang lain.pembacaan yang tidak begitu sempurna ini dan hanya dibaca oleh seorang manusia kerdil di sisi Allah berjaya membuatkn seseorang itu sedar untuk berubah ke arah kebaikan.ya,air mata menitis jua namun ianya air mata kegembiraan.


"Terima Kasih ya Allah di atas kurniaanMu ini.ku harapkan hidayahmu ini akan kekal untuknya buat selamanya."
sejak itu,satu kesedaran telah muncul.mungkin dialah yang ditakdirkan untukku.sejak bertahun berkawan tidak pernah dirasai kegembiraan yang penuh dengan kesyahduan ini.sekali lagi tangan ditadahkan memohon kepada Allah agar dia adalah jodohku dunia dan akhirat.namun perasaan gembira ini hilang hanya selepas beberapa jam.kegembiraan yang diberi kini diganti dengan perasaan kecewa dan sedih.inilah lumrah hidup.kita tidak mungkin berada di atas selamanya.setelah menemui cinta sejati,perkara yang tidak diharapkan pula terjadi.tidak ada manusia yang ingin hidup mereka alami kegagalan.jam 6 petang, 22 oktober 2009, telah memberikan sejarah baru yang amat pahit.pedih dan amat pahit untuk ditelan.sukar untuk menerima kenyataan apabila semuanya dilakukan dengan bersungguh sungguh.terasa segalanya hanya sia sia.itulah manusia,terlalu mudah berputus asa.tapi salahkah merasakannya setelah benda itu dilakukan dengan bersungguh sungguh,tidak putus memohon kepadaNya namun kekecewaan juga yang diterima.ku terima berita itu walaupun dengan hati yang kecewa.ternyata perasaan takut selama ini membuktikan diriku tetap akan alami kegagalan dalam hidup.tidak mungkin aku dapat membohongi diri sendiri.sekali lagi air mata tidak jemu untuk mengalir.air mata yang penuh dengan perasaan kecewa,sedih, dan putus asa.adakah ini yang ditakdirkn untukku?apakah aku mesti tempuhi semua ini?masihkah ada lagi sinar kejayaan di hadapan?entahlah.diri ini sudah berputus asa.aku sebagai hambaMu yang lemah.hanya kemaafan yang dipohon atas rasa putus asa ini.aku akan terbang ke sana semula pada 27 ini.diharapkan peluang yang diberikan nanti adalah peluang sinar kejayaanku.ku memohon kepadaMu ya Allah.
akhir sekali tidak dilupakan kepada kawan atau lebih enak dipanggil 'half' friend, back off!anda sudah membuktikan anda lebih suka berada hanya diwaktu senang.so enjoy your life di sana.

1 comments:

petite said... REPLY

ak tau ko sdg bersedih skrg. ak tau, ak xberdaya utk tlg ape2 utk ko. tp ak slalu doakan utk ko agr ko berjaya. insya-Allah ko berjaya nnt. ak tau ko bole buat. ak tgk ko berusaha selama ni. ak doakan supaya kte smua bole msuk sna bersama2. suka dan duka kte kongsi bersama. most important of all, believe in urself my dear friend.
i noe dat u can do it. ur effort this whole time will pay off, u'll see. remember my dear friend, even in ur most hard time, u can share anythng with me. ak akn sentiasa doakan utk kejayaan ko. after all, u r my precious friend. klu ada ape2 prob, bgtau la ak. insya-Allah, ak bole tlg. its no fun when ur not around. :(

Post a Comment