Monday, January 19, 2015

Tips untuk alahan/loya/pening ketika mengandung

Salam semua, harini nak bebel pasal pregnancy kejap. Experience still dalam proses, tapi takpelah share je apa yang boleh, mana tau membantu. Farysa ada tips bagi yang ada alahan/mual/loya time pregnant tu. Yelah, lain orang lain caranya. So story kali ni based pada experience farysa la ya. Time pregnant memang taksedar langsung sampai 4 bulan itupun sebab ada one day tu takmakan since too busy. Apa lagi, memang muntah dan pening sebab one whole day memang takmakan, bila pergi klinik baru tau😁. Alkisah sampai taksedar sebab time raya last year husband datang UK, kitorang raya kira half day je sebab petang terus fly ke Italy, kononnya nak honeymoon tapi bila ikutkan itu dah babymoon. hahaha. Letih memang terasa sangat tapi ingatkan letih sebab travel sana sini. Dah balik dari Italy, kitorang spend masa lama jugak dekat London sebab plan nak tour semua stadium. Pepaham jela ke hulu hilir macamtu, then end of August farysa terus balik Malaysia, memang seriously badan time tu lembik, kira normal la kan kalau taksedar pregnant langsung. 

After dah tau, farysa consume a few supplements. Kakak farysa yang suggestkan makan itu ini, biasalah orang farmaseutikal ni research dia memang ter-overdose pada orang lain tapi yang penting memudahkan hidup farysa. hihi. Farysa check monthly dekat klinik biasa, bukan KK tau. ubat cuma dapat zincofer je. lagilah kena pandai pandai cari supplement. Tambah pulak kakak ipar doktor bahagian ibu anak sebelum ni, memang farysa rujuk dia jugak kalau ada apa apa. Bawah ni list supplement yang farysa ambil:

1)Zincofer : ubat ni dose dah tinggi sangat, so takpayah nak pegi tambah folic acid, iron bagai sebab semua dah ada dalam ubat ni.(1x sehari selepas makan)



2)Obical : ni untuk calcium, size memang besar gedabak. yang ni memang perlu sebab kalau setakat minum susu segelas per day memang takcukup. ini apa yang kakak farysa cakap la ya. (1x sehari, anytime boleh makan, or makan sekali zincofer)


3)Susu Kambing Wildan : ni susu favourite! farysa memang suka segala jenis susu. tapi susu ni takmanis tau sebab takde gula. Mostly susu utk ibu mengandung yang dekat pasaran kandungan gula tinggi, boleh pegi check ya. (2x sehari, pagi before breakfast & sebelum tidur)


4)Salindah : Sekarang baru ambil B1 & B2. Ada tulis minggu ke berapa kena makan dekat botol, sila ikut arahan dekat situ. (make sure after 2hours baru boleh makan ubat lain, kalau byk sgt ubat kne makan la😄). Ni homeopati, kalau makan tu jangan bagi kena tangan atau sudu besi.


5)Tembikai : ada cakap takelok makan. tapi doktor cakap takde masalah pun kalau makan time pregnant, anak cantik lagi adalah. haha (sumbat je bebila nak, kalau buat jus jgn tambah gula pulak ya😁)


6)Qaseh Gold : Campuran kurma & sebagainya. Memang terbaik. Cara makan ada dekat botol tu, ikut situ je.


7)Jus delima : Delima memang terbaik untuk pregnancy tapi nak makan buah tu xpuas biji kecik kecik. So cari je jus delima, bancuh sendiri.


Haaa ni je yang memang hari hari farysa makan, so far takpernah skip lagi. Tapi farysa makan jugak Luban & Almond. Yang ni ikut kerajinan. hehe. Time tidur plak, make sure letak 1 bantal dekat bawah kaki, ni boleh elak dari cramp.

Alhamdulillah, now dah 6 bulan, farysa takde alahan pape, takpernah demam/cramp. Result setiap kali checkup memang ok. hehe. Doakan segalanya dipermudahkan ya. 


0 comments:

Post a Comment