Tuesday, August 2, 2011

♥ pelajar UIA ditemui mati


ANGGOTA polis mengusung mayat Mamadou yang ditemui mati di bilik asramanya di UIAM, Gombak, semalam.
ANGGOTA polis mengusung mayat Mamadou yang ditemui mati di bilik asramanya di UIAM, Gombak, semalam.


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang mengikuti jurusan ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ditemui mati di dalam bilik asramanya di Blok D, Kolej Bilal, tengah hari semalam. 

Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, seorang warga negara Guinea, ditemui penyelia asramanya selepas dimaklumkan penuntut lain mengenai bau busuk yang datang dari bilik mangsa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati sejak seminggu lalu, tetapi mayatnya hanya ditemui tengah hari semalam.

"Tiada sebarang unsur pecah masuk mahupun unsur pergelutan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan mangsa mati disebabkan penyakit,” katanya. 

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, Mamadou pernah menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital berhampiran bagi penyakit sawan yang dihidapinya sejak kecil. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. 





p/s:first time copy paste macam ni.HAHA. agak agak siapa yang daftar duduk bilik tu yer next sem? jeng jeng jeng =D