Saturday, August 17, 2013

Step 3 : Borang Nikah



Now, step yang korang kena pening kepala sikitlah unless korang dan pasangan duduk area yang sama, nak kahwin pulak dalam kawasan tu jugak. tapi kalau dua dua lain negeri, haa...takyah nak tunggu tinggal lagi sebulan baru nak settle bab ni. silap haribulan hai hai bye bye.

for those yang memang negeri lain lain, make sure paling lambat pun 2 bulan sebelum tarikh nak nikah, pihak lelaki kena uruskan segala borang dia. tapi time ni make sure both of you dah ada sijil kursus kahwin, dah ambik HIV test, dan lagi satu kalau boleh confirmkan tempat yang nak nikah sekali dengan tok kadi mana yang korang rasa nak. pergila kautim dengan tok kadi dulu available ke tak tarikh sekian sekian. untuk lelaki borang cuma 1, tapi untuk perempuan ada 2 borang kena isi. oh, pihak lelaki kena dapatkan juga pengesahan bujang kalau bagi yang bujanglah. lain negeri, lain cara. so, ikut step negeri masing masing. kalau Selangor, Wilayah, Pahang borang boleh download je, tapi macam Kedah kena pergi Pejabat Agama Islam Negeri Kedah ambik borang tu. kalau taksilap kena bayar, RM5 kot. ada jugak negeri yang siap kena interview, pheww, but not sure negeri apa la.

bila pihak lelaki dah dapat balik borang diorang yang siap cop semua tu, serahkan pada pihak perempuan. sekarang turn perempuan pulak settlekan borang dan serah dekat PAID dia. tapi macam Kedah, borang tu valid within 1 month saja. so, bagi gadis gadis Kedah, sila bajet masa sebulan dari tarikh nikah,then baru submit borang tu ya. jangan lupa attach sekali borang yang pihak lelaki bagi tu, penting! ni kes kalau nikah dekat area kawasan perempuan.

tapi kalau korang nak buat luar dari kawasan samada lelaki atau perempuan, dua dua pihak kena isi borang untuk nikah di luar daerah tu/mastautin. sila tanya PAID memasing. farysa ada satu cara tapi kalau korang nak nikah dekat kawasan Wilayah la. nikah ni mudah, cuma manusia kadang kadang buat bagi rumit sikit. untuk kes kalau lelaki asal Pahang, perempuan asal Kedah, nak nikah dekat Wilayah, korang boleh pergi JAWI terus. bagitau korang nak nikah tempat sekian sekian dan asal atau alamat pada IC korang bukanlah dekat Wilayah. untuk kes ni jugak sebenarnya korang kena provide alamat dekat kawasan Wilayah tu. lebih kurang macam alamat  sementara la yang taksama dengan dalam IC. ini memang wajib ada, boleh ambik alamat mak cik pak cik korang yang duduk dekat Wilayah. lepastu korang boleh isi borang dan ikut step yang lebih kurang macam kalau nikah dekat negeri sendiri, macam settlekan borang lelaki kemudian baru submit borang perempuan.

serious, bila settle bab borang ni,memang korang akan tarik nafas legaaaaa!
REMINDER: sijil kursus kahwin dengan HIV test tu sila fotostat sehelai dua, kurang kurang ada back up kalau jadi apa apa.




0 comments:

Post a Comment