Sunday, July 21, 2013

Step 2 : HIV Test ( Selangor )

Step kedua seharusnya cari klinik untuk buat ujian HIV. make sure klinik kerajaan, sebab dah confirm semua negeri akan iktiraf klinik kerajaan satu Malaysia. kalau korang alamat IC Kedah, nak buat dekat klinik kerajaan dekat Johor pun takde masalah. sekarang ni leceh sebab mostly semua kena buat appoinment, then ikut office hour. pahamlah kerajaan pun tapi kena paham jugak yang nak buat ujian tu mostly orang yang bekerja, nak kena apply cuti lagi macam macam, agak menyusahkan jugak. sepatutnya buka weekend ke apa kalau untuk ujian HIV ni.

but for those yang macam farysa, last min baru nak buat, ada juga few klinik yang boleh walk in. selalunya korang kena cari yang dekat area kampung kampung sikit. hehe. dekat Bangi ada satu klinik yang boleh walk in, ni sumber dari kawan :

Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra
Isnin - Khamis (HIV test)
2 - 3ptg
0389258518

mula mula kitorang nak buat dekat situ tapi saja try nasib dekat Klinik Kesihatan TPG. dah la tak kol, walk in sesuka hati. hihi. Alhamdulillah dipermudahkan semua, orang pun tak ramai. 2 3 jam jugak tapi tu dah kira ok la untuk klinik kerajaan ni kan. 

Bila dah jumpa tempat, benda ni dah jadi mudah sebenarnya, bab borang korang pergi dekat klinik cakap nak borang untuk HIV test, ambik, isi la semua tempat kosong dekat situ. kena bayar RM1/per person. bagi balik dekat kaunter, nanti diorang bagitau la next step nak pegi mana untuk buat apa. certain klinik boleh dapat result on the same day, tapi ada jugak yang kena tunggu few days macam tu tapi tak sure klinik mana. so lagi elok korang kol tanya ya.


ni contoh borang korang akan dapat, kalau result aktif, nanti ada consultation rasanya. taksure. =D

ni senarai klinik area Selangor, sila rajinkan diri call sebelum pergi.




1 comments:

Post a Comment