Thursday, July 11, 2013

hidup akan indah bila yang dibicarakan itu ikhlas



tipu. manusia mana yang takmau dipandang tinggi. apatah lagi dipuji puji.tapi perlukah sampai biar diri sendiri disakiti.orang cakap hidup biar berpada pada, tapi kalau mampu apa salahnya.apakah tinggi sangat darjat setiap pandangan manusia pada kita, sampai itu ini harus toleh tengok apa nanti orang akan cakap. ok. ini perihal aku. biar aku yang menanggung malu kalau hendak dicerca dimaki manusia asalkan jalan aku pilih tidak terlandas dari agama aku. kenapa aku, kenapa bukan farysa. sebab farysa dah penat hidup menjaga hati perasaan semua manusia, mungkin lagi baik menjadi aku yang lebih teguh berdiri menahan hirisan dan tikaman tajam mulut berbisa manusia.perihal aku bertunang,apakah satu kesalahan tanpa sebarang majlis,tanpa baju liplapliplap,tanpa hantaran,tanpa pelamin.bagi aku dah cukup ibubapa, sebentuk cincin jadi saksi.salahkah bila tidak diturut kemahuan manusia yang menjadikan alasan sekali seumur hidup.hati aku sentap dengan mulut berbisa, riak muka yang jelek,ada kau ambil kisah?

sekarang perihal kawen yang aku rasa mudah,kenapa nak buat jadi susah.aku pergi kursus kahwin,aku buat ujian hiv,aku cari tok kadi,akad nikah.selesai!dekat mana aku nak buat.siapa aku nak jemput.apa aku nak bagi makan.biarkan aku.kenduri aku,seharusnya aku ikut kemahuan aku bukan kemahuan manusia lain.ya.aku tau aku boros.aku beli apa aku nak.aku pakai apa yang aku selesa.itu semua datang dari rezeki yang Allah turunkan untuk mama ayah, dan diberikan pada anak anak mereka.tapi itu bukan alasan untuk aku buat majlis yang semua orang idam idamkan.aku takkan lupa janji ayah yang taknak membezakan majlis anak anak dia, tapi ini pilihan aku. aku lebih suka pilih jalan mudah. jika aku diberi pilihan,aku cuma pinta hanya satu majlis yang disaksikan mas kawen,sebentuk cincin dengan telekung bersama al-Quran.aku takperlu berdulang dulang hantaran.bagi aku bulan bulan aku shopping takdak beza dengan yang diletak atas dulang.aku lebih selesa jemput manusia yang tau menjaga mulut dan perasaan orang, dan cukup ahli keluarga yang terdekat. biar sikit,asalkan aku rasa bahagia.aku cuma seorang graduan yang belum lagi capai usia sebulan untuk gelaran tu.mana mungkin aku ada duit puluhan ribu.takmungkin untuk aku pinta dari mama ayah, sebab bagi aku mereka sudah banyak memberi apatah lagi dengan apa yang bakal aku tempuhi 2 bulan lagi. Inshallah jika rezeki itu milik aku.biar itu saja yang mereka tanggung.bukan satu kesalahan untuk bakal tulang rusuk aku menjalankan tanggungjawabnya untuk cuba memberi apa yang selesa pada tetamu.apa yang diberi nanti,itulah apa yang termampu.

sekarang hanya aku harap lenyaplah semua mulut berbisa dan pandangan yang jelek.kehidupan aku tampak berbeza tapi untuk sesuatu yang bakal menjadi asas permulaan,aku lebih suka pilih jalan mudah dan bersederhana cara aku bukan untuk memuaskan nafsu manusia di sekeliling.maaf jika menyentuh hati yang membaca.




1 comments:

JoJo said... REPLY

This! Thumbs up.

Post a Comment