Monday, May 6, 2013

inilah Malaysians sebelum dan selepas PRU



come on Malaysians. janganlah kerana segala yang didunia korang menambah dosa memaki hamun orang lain. sesiapa pun mereka, apa agama sekalipun, Allah jugak penciptanya. cubalah redha dengan segala ketentuan Allah. apa yang kita dapat adalah setimpal dengan usaha kita. walaupun kita rasa kita dah cukup berusaha, namun Allah tau kita boleh berusaha lebih lagi. janganlah kita berasa selesa dengan kemenangan, dan jangan juga kita berputus asa dengan kekalahan. apa yang kita dapat bukanlah kekal selamanya. Allah sudah merancang yang terbaik untuk kita.

kenapa mesti terus percaya dengan media atau fitnah? kita ada akal, apa gunanya kalau kita terima 100% tanpa memeriksa, meneliti, kemudian berfikir? kita bukan siapa siapa di dunia ni. kita cuma hidup makan gaji ataupun pelajar. siapalah kita untuk menuduh dan memfitnah orang hanya berdasarkan gambar, video, atau kata-kata yang dilemparkan? semua manusia ada kelemahan dan kelebihan. macam mana kita tak suka seseorang, akan ada jugak orang lain tak suka kita. pernah kita fikir tak macam mana perasaan orang orang yang difitnah? atau perasaan ahli keluarga mereka?

percayalah, siapa pun yang memerintah kita, tugas dia lebih berat dari kita ini yang hanyalah rakyat biasa. sila percaya juga, rezeki kita adalah di tangan Allah, bukan ditangan pemerintah. berilah kerjasama kita sebagai rakyat dalam membantu negara dan agama Islam. 

kita tiada di situ, kita tiada primary sources, apa hak kita untuk menghukum dan menghina parti-parti yang bertanding? jika kita ada bukti satu dua, bawa ke muka keadilan bukan dengan cara heboh sana sini. dalam hal macam ni terlalu susah untuk kita berikan kepercayaan 100% sebab manusia boleh berubah jadi baik atau jahat dalam sekelip mata namun dia takkan mampu selamanya berlakon untuk menjadi baik atau jahat. 






macam isu blackout ni, harini je wall fb penuh dengan benda benda ni. sorang cakap macam tu, sorang macam ni. takkan kita nak terus percaya hanya sebab ni? kalau percaya yang itu, cakap kita ni racist. kalau tak percaya yang ini, cakap tak percaya orang Islam, nak percaya kafir. # typical Malaysian. tolonglah jangan sesekali korang nak libatkan isu agama. kalau kita rasa parti tu tak bawa ke arah keagamaan, kita sendiri boleh pergi dengar ceramah agama atau mengaji kan? kalau kita rasa parti yang membawa kepada keagamaan  kalah, kita masih boleh terus menuntut ilmu agama. semuanya bergantung kepada kita untuk hidup di landasan yang betul.

bagi yang menang, panjatkanlah kesyukuran kehadrat Ilahi dan tunaikanlah tanggungjawab anda yang amat besar. bagi yang kalah, ingatlah bahawa Allah tetap berada bersama anda, berdoalah kerana itu adalah senjata yang paling kuat bagi orang Islam. jika isu rasuah, sex, liwat, pengundi hantu, blackout, pembunuhan tidak diadili di dunia, akan pasti diadili di akhirat. itu janji Pencipta kita. hormatilah sesama manusia dan berlaku benarlah dalam setiap perbuatan. nescaya setiap yang dilakukan, dilihat dan didengari itu akan dihitung kemudian hari. 



p/s: saya bukan penyokong tegar mana mana parti. harap maklum! 



0 comments:

Post a Comment