bila lemak berlebihan, confident pun hilang. dah sinonim dengan manusia. tengok produk dekat pasaran , rasa semua nak try. bila usha takut pulak nak try sebab risau effect body atau kesihatan. kalau harga produk murah sangat pun bawak masalah jugak takut yang tiruan. last last redha dengan diri tapi confident tak jugak. since farysa pernah jugak try few product, biar farysa buat testimoni.
pernah dengar SD II kan? bila google banyak sangat testimoni, cuma nak percaya atau tak je. farysa pernah try produk ni tapi takde la sampai one year. kira dari september 2012 sampai february 2013. so dalam 5 bulan ni berat turun la 12 kg. percaya atau tak tapi tu la hakikat bila timbang. selama farysa minum memang takde side effect. since lemak pun degil sangat, turun sikit jelah. badan kita ni lain lain, so ada yang cepat, ada yang lambat. produk apa pun kita makan, kena la sabar. kalau sebulan dua dah nak stop,memanglah tak berkesan. orang merungut harga mahal. biasalah kalau tengah meletop, harga memanglah mahal. tapi semua terpulang dekat kita, kalau kita bijak kawal, takdelah bazir. farysa memang tak ikut step atau cara minum SD II. bulan pertama dan kedua farysa memang minum 4x satu hari. masuk bulan ketiga, farysa minum 2x sehari : SD II pagi, tghari lps mkn farysa minum apple cider, sebelum tidur SD II. kurang2 satu tin tu tahan lebih dari seminggu. perempuan ni sebulan ada cuti seminggu kan, maknanya takperlu la kita beli 4tin untuk sebulan. nampak tak kat situ?
kalau bab makan, memang farysa jaga sikit. bulan september sampai november memang taksentuh karbo langsung, termasuk minuman manis. tapi ayam memang tiap2 hari. farysa start makan nasi bulan disember sampailah sekarang. haha. kuantiti nasi dari sikit sampailah ke banyak. lupa daratan disitu T_T. tapi satu je korang kena percaya, berat tetap tak naik balik even farysa dah tak jaga makan.
sesape nak try tu, trylah. Inshallah produk ni okay. kalau tak silap sekarang dah ada yang jual RM 150 - RM 160/ tin. kenalah pandai pandai cari yang original dan murah sikit. goodluck!
0 comments:
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Post a Comment