Monday, December 24, 2012

hello France

for those yang nak pergi Europe or any country yang tengah winter sekarang, bawaklah baju tebal setebal tebalnyaaaa. oh oh, especially kalau nak pergi France sebab sangatlah sejukkkkkkkkkk tambah kalau berangin tu.memang mendayu dayu. seriously France sangat romantik! tersangat okay! silalah berbulan madu di sana. kiri kanan boleh tengok orang berciuman, memang dosa berlambak lambak. hehe.

bagi yang baru nak pergi sana dengan niat untuk shopping, ini pilihan bijak. percayalah! tapi yang branded items la such as handbag, shoes, shirts and everything. kalau yang biasa biasa sangatlah mahal bila convert to RM. contoh harga keychain paling murah RM 2, okay jugaklah. tapi kalau nak beli untuk kawan sekelas, mulalah bawak keluar kalkulator sambil garu kepala.

INGAT!

duit cash kena tukar banyak sikit sebab teksi mahal nak mampos. so, cuba elak naik teksi dan silalah naik train atau jalan kaki. oleh itu, jangan lupa search segala map France, train dan sebagainya untuk kemudahan anda. bukan masalah kedekut taik hidung masin, tapi teksi main harga ratus ratus okayyy, kalau sekali naik RM300 kalau sepuluh kali naik? nanti tak sempat nak shopping duit dah habis. 

makanan halal tersangatlah susah nak cari ataupun kitorang yang tak tau? haha. tapi yang farysa tau, station train yang utama ibarat kl sentral kita, dekat luar ada jugak few kedai makanan halal. tapi harga sedap jugaklah sesedap rasa makanan tu. so, sila seludup maggi!

oh! kad kredit pastikan ada. bukan apa, kalau nak shopping lebih elok guna kad kredit, biar yang cash tu simpan untuk bayar teksi, train, makan semua tu.

make sure naik bus yang sightseeing tu! dan sila turun dekat semua pit stop. habiskan satu hari anda dengan bus sightseeing tu. lagi satu jangan lupa ambik earphone merah dalam bus tu banyak banyak, boleh bawak balik buat souvenir since its FREE! 

untuk tempat tinggal, cuba cari yang dekat dengan station train. sebab memudahkan anda untuk pusing satu France hingga sesat. kalau yang berhajat nak pergi Disneyland, boleh naik train. nanti keluar terus nampak Disneyland.

kasut sila cari yang paling selesa. takperlu tumit tinggi senipis rambut, kang tengah jalan takde orang rajin nak tolong dukung anda. =p







4 comments:

outbound malang said... REPLY


Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

outbound malang said... REPLY



Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

Syazana Nazri said... REPLY

aaa, memang teringin gila nak pergi france. nak tengok eiffel tower. tapi, kena kumpul duit banyak2 duluuuu.

farysa said... REPLY

Inshallah..one day mesti awak sampai sana jugak ;-)

Post a Comment