Sunday, August 26, 2012

alasan untuk kahwin awal

Pelik tak bila makin hari makin banyak maksiat berlaku? salah budak budak tu ke sebab bercinta? tapi dari mana datang perasaan cinta tu?kalaulah boleh buat 'harini cinta aku dekat Ustaz Don', esok pulak 'cinta aku dekat Ustaz Azhar'. lingkup dunia weh! kadang kadang kita tengok budak budak sekolah dah lagi pandai. ibarat haku ni duduk bawah tempurung sebab sakit peparu jantung semua sistem badan tengok perangai budak budak zaman sekarang.
ke salah ibu bapa yang tak pandai didik anak anak? tapi kalau salah diorang macam mana anak anak diorang boleh masuk universiti, kerja besar besar? pernah tak terfikir boleh jadi salah ibu bapa dalam hal ni? tapi bukan 100%, kena tengok keadaan jugak. ah, syok kau bila cakap semua salah ibu bapa kan! 

kalau anak anak dah kenalkan pasangan diorang, confirm la budak budak tu dah memang jatuh cintan, kira bukan kes pick up tepi jalan la. jangan pulak kalau baru kenal sejam dua, sebulan dua, setahun dua tu kira memang habis cintan. kadang kadang 3 4 tahun pun kita tak boleh kenal perangai orang. tapi yang nak ditekankan dekat sini, sekurang kurangnya si anak tu berani nak bagitau ibu ayah dengan siapa dia berkawan, konon konon nak mintak restu sekali la. apa salahnya kan?

ibu bapa zaman moden ni macam lagi pandang dunia walaupun pejam celik pejam celik pandang jugak akhirat. cuba kalau anak yang tengah study cakap nak kawen. hah! puting beliung terus. tengah study gatal nak kawen. betul tak? confirm betul punya, cayalah! kalau budak budak sekolah yang cakap nak kawen tu takpayah la ikut. tapi kalau yang universiti semua tu, diorang tu ada otak. kalau tak guna, takde diorang sampai universiti. maknanya diorang boleh berfikir secara logik dan waras. tak gitu? kalaulah si anak perempuan belajar, si pasangannya dah bekerja, tak salah dikahwinkan. kan ada ayat Al-Quran yang menekankan hal ni? zaman sekarang kalau nak memilih, nak tunggu sampai phd, memang tak sempat la kau nak buat anak sampai 7 keturunan.

kalau dah konon berat hati nak lepaskan si anak, ikatkan tali pertunangan pun dah cukup. kira boleh jugak bagi semangat dekat si anak tu kira nanti kawen jugaklah dia dengan boyfriend dia tu. ni kalau terus reject, mana yang tak jadi macam macam. dah reject, boleh pulak cakap, takpayah selalu jumpa sangat, tak elok. kecik hati si anak tu tau! orang dah mintak cara baik, si mak ayah boleh pulak bidas macam tu. kan elok bagi je bertunang, lepastu cakap la bila dah bertunang, jagalah hubungan, jangan selalu berkepit sana sini. kan manis ayat gitu. ingat anak anak je ke kena jaga hati mak ayah? mak ayah pun kena jugak jaga hati anak anak. barulah jadi family bahagia dunai akhirat.

kesimpulan dekat sini, kalau anak anak nak sangat kawen, bincanglah cara elok. kenal dulu pasangan dia. jodoh ni memang dah tertulis. kalau dah anak anak nak sangat kawen, hati mak ayah tu tak berapa nak redha sangat. ikatkan tali pertunangan dulu. mana tau itu memang jodoh anak anak, kalau kita tolak awal awal, kan dah tak manis. putus tali pertunangan ni tak sama dengan bercerai. jangan jadikan alasan kalau anak anak nak dirikan sebuah masjid. study memang bagi jaminan masa depan yang cerah. tapi kalau dah ditakdirkan jodoh kita dengan orang tu cuma sementara, walaupun kawen lepas study, takdir bercerai 5 tahun kemudian. kita tak boleh halang. sama jugak kalau ikat tali pertunangan. kalau ikatan cuma untuk setahun, dah takdak jodoh, putus jugak. tapi sekurang kurangnya kita cuba untuk mebina masjid. ingatlah yang perkahwinan itu gerbang pintu rezeki. kalau ditakdirkan study cuma di tengah jalan tapi Allah tetapkan rezekinya murah, siap jadi jutawan. terkejut beruk noksss.


#apahal tetiba aku cakap macam orang tua? macam mak nenek. bye.

1 comments:

Scha Nazri said... REPLY

kalaulah parents boleh paham


hurmmmmm

Post a Comment