Monday, January 9, 2012

♥ kes DSAI- jadi blogger biarlah neutral

DSAI terlepas dari hukuman bukan? samada dia akan dihukum atau tak, semua Allah dah aturkan. yang tau kebenaran cuma DSAI, Saiful, dengan Allah.even yang terdekat dengan DSAI, macam isteri dia pun, kalau DSAI nak cakap lain pun, isteri dia taktau samada betul ke tak. ni pulak orang yang jauh macam kita semua.

manusia memang berhak menilai tapi Allah tak suruh pun kita menilai dan menuduh kalau kita takde bukti. bukti dekat sini bukan setakat bukti yang orang lain cari. bukti dekat sini kalau kita sendiri nampak dengan mata kepala kita, barulah boleh senang lenang cakap sampai habis air liur. ini tidak, taktau yang mana betul atau salah, setakat bukti yang kadang kadang manusia sendiri boleh cipta. nak menilai silakan, tapi tak payah la pong pang pong pang dah macam kau pulak kena liwat, kena tuduh meliwat.

takde sesiapa yang suci takde dosa kan? so, elakkan dari tambah dosa dengan menuduh orang atau menyokong orang yang memang bersalah. kita memang takboleh lari dari benda politik macam ni, dekat negara mana mana pun tetap ada. apa yang kita mampu buat, menilai, dan simpan dalam hati. kalau kita cakap dekat orang, tulis blog panjang lebar, kalau benda tu salah, dah kira satu fitnah. hidup ni biar jadi neutral. lagi satu, setengah tu buat sebab dapat duit. kau ingat duit tu boleh tukar jadi kereta Ferrari ke dalam kubur? berbillion pun dapat, masuk kubur tinggal tulang jugak.

kepada yang rasa diri blogger, selalu update isu semasa untuk orang baca. pandai pandailah bawa diri. jangan terlalu taksub untuk sokong mana mana pihak kalau korang takpenah nampak apa yang berlaku dengan mata sendiri. bila korang dah menyebarkan fitnah, korang tau apa hukumnya kan?

"Allah takkan uji hambaNya kalau Dia tau mereka tak mampu untuk tanggung beban tu. dan kadang kala Allah akan uji seseorang tu dengan kehebatan, kesenangan, kemewahan hingga orang itu lupa hidup di dunia hanya sementara sebelum dijemputNya."

2 comments:

dila.azie said... REPLY

Sokong perenggan akhir (:

Mario said... REPLY

ye la..setuju la..baik simpan sendiri je klu tak pasti..dan lbh baik klu bersangka baik..tk gitu?

Post a Comment