Monday, January 16, 2012

♥ duit lesap, kasut pun yillek

kisah mungkin dah basi tapi sebab tak dapat balik duit tu yang sampai sekarang hangin lagi. ikutkan hati memang rasa nak maki hamun, tapi kalau berbaldi pun rasanya kalau orang dah keras hati, tak jadi apa jugak.alkisah bermula sebelum raya tahun lepas. mama nak satu kasut Clarks yang macam kakak beli, so kitorang pegi banyak kedai clarks, even time dekat JB pun kitorang ada cari, dekat KL takpayah cakap la, memang farysa memusing jugak cari tapi dah habis since design tu design lama. so, time tengah buka facebook, kebetulan nampak sorang ni ambik pre order untuk Clarks. price murah lagi compare kalau beli dekat kedai. tanya mama, memang terus la dia nak, plus kalau pusing satu Malaysia pun memang dah confirm takde stock. 

so, all the conversations, korang boleh usha bawah:






farysa order dengan Zahida Assyaimashoppe II. sebab 2 bulan baru dapat, so around September farysa tanya, tapi langsung dia tak reply. ok fine, maybe jarang online. bulan Oct tanya lagi :


tapi still tak reply jugak. tak sakit hati pun lah kan? so, farysa try cari account lain, jumpa Zahida Assyaimashoppe. bila inbox pun bekurun jugak baru nak reply:



see! even sampai Hari Raya Haji pun tak dapat jugak. ingat lagi time tu dekat hotel di Cambodia, sembunyi sembunyi reply sebab takut mama nampak, haha. bila dia cakap anak sakit, farysa pun percaya sebab takde orang nak guna alasan anak untuk menipu kan? since dia cakap dekat hospital, rumah dekat Melaka, nak je farysa cakap 'saya boleh hantar akak balik kejap, KL dengan Melaka tak jauh pun', tapi tak cakap pun la. hehe. tapi sabar lagik. dekat atas tu la last conversation kitorang, sampai harini farysa inbox pun habuk dia tak reply dan sampai harini jugak farysa tak bagitau mama lagi. tapi bila tengok acc, active je update status, update tudung tudung yang dia jual. kalau nak cakap dia tak percaya, apesal dia tak check reference number tu? memang la transfer guna account kakak tapi kalau dah binti kitorang sama, nak bagi alasan apa lagi? sendiri mau pikir la.

 senang cerita, kepada tuan puan di atas, tanggunglah sendiri dekat akhirat, dah malas nak mintak, dah rupa macam pemintak sedekah je dok mintak duit. walaupun farysa cakap itu duit orang, tapi dia boleh buat bodoh je. tapi memang betul pun duit orang, tu duit mama bukan farysa. hehe. 



18 comments:

Nurul Mazni Sawal said... REPLY

eiii.. orang2 cam nie lah yang buat ade setengah pengguna tak nak beli online.. dah lah mesej berkurun baru nak reply.. ya allah, ape jenis manusia tah..

farysa said... REPLY

@Nurul Mazni Sawal

tu lah
farysa pun sebenarnye dh jd serik
skrg ni beli brg dkt yg dh biase je
klau tgk yg xknal dh xbrani

ZSqueenbee said... REPLY

eeee jahatnyee....xpatut tau wat cmni..nnti tggung la kt akhirat sna..

zOeY zAu YaH said... REPLY

saya pnh jd baru2 nih.dgn onlineshop tudung.adik saya yg jd tp saya tukang kacau online shop tu sampai lah dia hantar..berbulan gaklah baru dpt.puas kene maki(saya dah dpt dosa) haha tpi duit kita walaupun hanya seposen.

farysa said... REPLY

@ZSqueenbee

itulah
pandai buat, pandai la tanggung

farysa said... REPLY

@zOeY zAu YaH

kalau mcmtu tlg maki ntk sy sekali la boleh? =)

kai said... REPLY

berhati-hatilah pabila membeli sesuatu secara online...
nanti problem menanti...

=New Entri====
http://kaiakihiro.blogspot.com/2012/01/follower-tu-penting-ke.html

Anonymous said... REPLY

klu kes cenggini bule repot...tapi kena siap2 bukti pembayaran...cuba baca nccc.org.my

farysa said... REPLY

@Anonymous
thanks
farysa mmg nk buat aduan pn
tp skrg nk bg dulu peluang kt org tu
kalau smpai bln depan takde jugak,mmg terus nk buat aduan

Emma Nuwiba said... REPLY

Sis, assyaima ni memang dah terkenal as makan duit haram. Baru minggu lepas kawan saya kena tipu ngan dia. Dekat fb, "Kami benci online shop yang tipu n makan duit haram" dah sampai bosan nama dia asik naik. InsyaAllah kawan saya Guzel Pashmina akan report ke tribunal. apa2 nak tahu lebih, contact je fb Guzel tu. nama dia Nadia, ex UIA mcm saya jugak. :)

Emma Nuwiba said... REPLY

Apa2 pun, awak teruskan buat selidik and minta duit tu. And berdoa. Kalau dia jujur, insyaAllah dia akan pulangkan. :)

farysa said... REPLY

@Emma Nuwiba

thanks.
tp tgk gaya mcm mmg dh xdpt je.

umie ZaRa said... REPLY

wah..dasyatnya. Tk jadila berurusan ngn dorg..eee..takut

farysa said... REPLY

@umie ZaRa
takpayah la babe
dh ramai kena tipu dgn diorg

Eva Yanti said... REPLY

farysa, boleh kakak minta no hp awak tak. kakak pon kena ni ngan zahida, dah 3 tahun lau dia order kian sulam ngan kakak, awal awal ok je dia bayar, lepas tu dia macam hilang ditelan bumi. kakak sms dia tak reply, lepas raya ni akak nak ke malaysia ( akak duduk ka Indonesia )dia belum bayar lagi sekitar Rp 9.300.000 ( RM 3500++ )
ini no hp kakak, nanti hantar sms ya.. mari kita sembang +6285263934343

::ini belog saya . cinta hati saya:: said... REPLY

wah sampai macam yu sekali . memang sakit hati lah kan . aduhai

Anonymous said... REPLY

amik duit orang pun relax je..apa punya manusia la..makan duit x halal pun boleh hidup senang je..x tau malu ke doirang ni ek..

Anonymous said... REPLY

mmg la dpt buka cwgn merata sebabnya asyik pao duit orang..rezeki x halal..siap boleh bangga lagi dengan kedai & kereta besar..dunia..dunia..

Post a Comment