Monday, August 8, 2011

♥ lasagna seafood

harini menu kita lasagna seafood.macam biasa la,kalau resepi susah memang farysa tak buat.tapi yang ni 40minit dah siap tapi dapur mesti jadi tunggang langgang la, mama tengok pun dah pening kepala.HAHA. certain orang akan guna dua sos, tapi farysa buat satu sos je, sos putih. kalau tengok gambar bawah ni macam tak terliur, tapi cuba bayang Pizza Hut, mesti terliur.HEHE


bahan-bahan :
6 keping kulit lasagna
2 cawan mozarella cheese (sila potong)
2 cawan cheddar cheese (sila potong)
parmesan cheese
1 biji telur
campuran seafood (udang, crab stick, daging cincang, ect...)
oregano

untuk sos putih :
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
2 1/2 cawan susu segar
sedikit garam

cara-cara:
1. rebus kulit lasagna dulu.belakang kotak ada cara rebus, so boleh ikut situ.
2. untuk sos putih, masukkan butter, tepung, susu segar, garam. kacau sampai sebati,make sure pekat tau.
3. cari bekas yang sesuai untuk guna,masukkan sos putih tadi.
4.letakkan 1 lapis kulit lasagna.
5. tuangkan campuran (cheese, telur, dan oregano). letak je banyak mana suka.
6. masukkan campuran seafood. boleh letak banyak mana pun.
7. ulang cara 4-6.
8. last sekali make sure dekat atas tu kulit lasagna.lepastu tabur parmesan cheese atas tu.
9. tutup bekas tadi dengan aluminium foil, bakar lebih kurang 30min.

dah siap. paham tak? sebenarnye ni untuk makan dalam 5-6orang. tapi kalau tamak, boleh habeskan semua.lepastu confirm korang akan muak dengan cheese seumur hidup.HAHA.




1 comments:

Post a Comment