Tuesday, June 14, 2011

♥ PASAR TANAH ABANG, JAKARTA

kalau rasa nak cari kain lace yang meletops untuk wedding takpun raya takpun hari pape yang sewaktu dengannya, korang boleh terjah PASAR TANAH ABANG, JAKARTA.
 kalau sebut jakarta, orang akan cakap barang sana mahal, barang dekat bandung lagi murah. fakta ni salah! acece, main fakta fakta pulak. tapi memang betul pun. kalau nak cari kain kain yang kualiti elok, korang cari dekat pasar ni. sebab asal kain kain memang dari jakarta bukan bandung. tapi kalau tujuan memang nak cari telekung, baru boleh terjah bandung.

harga kain lace paling murah korang boleh dapat 1 m dalam RM10++ je tapi kalau dekat Malaysia, hai hai bye bye jelah. kalau setakat kain satin dengan adik beradik kain lain, under RM10 pun dah boleh dapat untuk 1 m.

pasar ni memang seriusly besar, ada banyak blok, banyak floor. so kalau setakat satu dua hari tu, memang korang tak sempat nak shopping satu pasar tu. selain kain, tshirt, kebaya, jubah takpun handbag semua ada tapi bukan yang branded la. kalau nak yang branded yang memang confirm authentic, nanti farysa buat entri lain.

majoriti kedai dekat sini memang takleh guna kredit kad. so, sila bawak cash yang banyak sebab sumpah kain dekat sini lawa gila! sebelum datang sini yang pasti kena belajar cara nak tawar, sebab memang confirm korang boleh dapat harga yang bagi juling mata.

kalau bab makan, dekat sini pun ada food court tapi farysa tak pernah makan pun dekat situ sebab manusia ramai sangat.tapi orang cakap makanan indon semuanya sedap.

kalau bab tambang teksi pulak, boleh la bajet dalam RM50 satu hala sebabnya kalau diorang jam memang kalah jam dekat KL.semak kepala otak tengok jam diorang tambah dengan berabuk gila. lagi satu kalau boleh,elak naik teksi blue bird sebab mahal sikit. better ambik teksi yang color kuning tu,tak ingat nama apa. teksi kena pandai pilih driver sebab certain driver suka hati mak bapak diorang suruh kita bayar duit itu ini.sekian, take care.

4 comments:

Munirah said... REPLY

rambangnye mata tgk gamabr. denga cerita pun rs excited nk shopping..

farysa said... REPLY

@Munirah
pegi la terjah
raya dh nk dekat
hehe
bwk duit rupiah byk2

BlueberrY CheesE said... REPLY

rambangggg mataaa.hahaha

Cik Mek said... REPLY

salam singgah,
Mek baru nak start cari info pasal jakarta-bandung, nak gi nye lambat lagi, ujung bulan 5 tahun depan..uhuhu

Post a Comment