Sunday, February 13, 2011

♥kalau nak cakap tak halalkan, berdosa tak?

_______________________________________!

kenapa ada straight line dekat atas? itu tandanya maki hamun. bukan nak showing off, bukan nak cerita keluar dating, sebab kalau cerita semua tu nanti ada sorang mak cik yang akan buat panggilan ke rumah untuk menyibuk hal orang, buat gebang. tapi sayang, engkau tersilap langkah sebab diorang tau dengan siapa farysa kawan. anda boleh berambus. cukup la marah mak cik tu. bukan nak marah sangat tapi kalau suka jaga tepi kain orang, susah la. jaga hal anak sendiri cukup sebab anak kamu bermasalah, boleh tanya kawan kawan sekolah dia kalau nak tau.

boleh bagitau tak, ada siapa siapa yang naik train dari Ampang Park ke Gombak dalam pukul 4 petang, harini ( Ahad, 13.2.11). please! if ada sesiapa yang naik time ni, ada tak nampak orang bawak paper bag color merah, kira size agak besar jugak, tulis Che Che New York. 
"ini belakang, kalau depan tulis Che Che New York"

boyfriend farysa tertinggal time kitorang nak tukar train, kitorang terlepas KLCC, so nak tukar time dekat Ampang Park tu, dia tertinggal paper bag ni. bila nak pusing balik pintu train dh tutup, so terus bagitau dekat orang yang jaga situ. bila dia call next station suruh diorang check-kan, bag tu dah takde. tak sampai 15 minit dah hilang. yang farysa ingat depan tu mak cik, sebelah boyfriend farysa ada lelaki yang kira boleh panggil ayah tapi dia berdiri je. train tu memang tak ramai orang. ah, takkan-lah diorang ni yang curi. start dari Ampang Park till Gombak, kitorang turun setiap station pergi tanya dekat kaunter, tapi tetap takde. ternyata orang curi.

sedih gila sebab barang baru beli, tak panas lagi dekat tangan hilang macam tu je. sebab bag tu ternyata sangat besar, so, farysa sumbat barang lain dalam tu. baju mng, zara, la senza, semua dah sumbat dalam paper bag tu. ya Allah, rasa macam bukak paip air, kuar duit terbang. nak menangis memang air mata taknak kuar.

cuma boleh call then bagitau ayah. sebab dah cakap cuma barang barang shopping je, IC semua selamat, ayah pun tak kisah. bila ayah cakap semua berapa, nanti ayah ganti balik, terus air mata keluar. farysa yang hilangkan, tapi ayah pulak nak ganti, dah la semua tu duit dia. rasa nak sepak diri sendiri pun tak guna. ayah cakap tak perlu report polis, tapi boyfriend farysa dah ter-report. kiranya kitorang boleh pergi each station then tengok cctv. tapi rasa takde guna pun buat semua tu.

dah berjam, dah tenang, dah tak nangis. cuma nak cakap rasa syukur sangat dapat ayah macam ni. tapi farysa tetap susah nak halalkan barang barang tu. kalau dah sekali mencuri, tak mungkin takde yang kedua ketiga. pandai buat, pandai tanggung.


sumber gambar : google

1 comments:

Embun Pagi said... REPLY

ya Allah..sedihnye.....kalau i..xtaw la..maybe akn rs d same thing koot....nanges sebaldi agknye..

Post a Comment