Wednesday, February 16, 2011

♥kahwin awal

sekarang zaman advanced, memang ramai kahwin muda. farysa yang tengok orang kahwin awal pun rasa gedik nak join tapi sedar diri lagi. masa sekarang masa study, so, better focus study. Islam memang galakkan perkahwinan dari couple bertahun. oh, sebenarnya takde pun istilah couple dalam Islam. tapi sekarang bukan tajuk couple tapi tajuk kahwin awal.

memang tak salah nak dirikan masjid. kan? kan? tapi kalau dua dua belajar, agak agak boleh ke nak handle rumah tangga? kalau jenis assignment, projek pun asyik nak mengharapkan orang, buat last minute, boleh ke nak jaga suami, nak jadi pelajar? kalau sekarang seronok nak tukar handphone, nak shopping beli macam macam, ingat bila kahwin time study boleh ke nak enjoy semua tu?for those yang apply ptptn tu, takkan nak pakai ptptn semata mata?

damn!

kenapa terlalu senang budak budak sekarang pikir? ingat kahwin perlu seribu dua mungkin, atau harapkan ibu bapa semata mata. tak perlu cakap dah lama berkawan, sebab tu nak bina masjid secepat mungkin tapi pernahkah terpikir life after kahwin tu?kalau salah sorang dah kerja, ada gaji tetap, takpe jugak. ni dua dua student, paling teruk kalau dua dua baru setakat first, second year. memang rezeki ada di mana mana, tapi setiap dugaan yang akan datang kita tak tau. semua tu kena pikir. 

jangan sebab tengok ada yang okey, bahagia bila kahwin awal, sebab tu nak ikut jejak langkah diorang. setiap dari kita tak sama. tak semestinya kalau ikut jejak langkah dia, kita jugak boleh bahagia sebab perangai kita tak sama dengan dia, hidup kita juga tak sama.

kalau yang pernah couple bertahun tetiba putus, couple pulak dengan orang lain. tak pernah ke pikir sebab apa putus? jawapan standard memang takde jodoh sama macam kalau tanya gosip dekat artis, diorang akan cakap no komen. jangan sebab couple setahun dua, atau paling teruk hanya berbulan tapi dah terpikir nak kahwin secepat mungkin. kita tak mungkin kenal hati seseorang dalam jangka masa pendek, setahun dua tak cukup.

paling senang, tanya parent dulu, and for sure banyak yang akan cakap study dulu. zaman sekarang tak sama macam dulu. kalau bercerai berai, ilmu takde, hidup akan terkontang kanting. jangan ingat sebab sayang yang terbina antara dua insan dalam beberapa waktu tu alasan kukuh untuk dirikan rumah tangga. SALAH!

semua orang nak hidup disamping orang yang diorang sayang. tapi tak semua yang diingini boleh dicapai dengan mudah. sebenarnya berkawan, kenali hati budi adalah terbaik. asalkan pandai jaga diri masing masing. setiap 'hari bahagia' itu akan hadir dalam hidup setiap insan. kalau Allah dah janji dia jodoh kamu, dia akan jadi milikmu.


1 comments:

sicKo^ said... REPLY

btul2.. nak kawin ni kena bersedia dulu.. banyak baik dan buruk.. tapi klau silap langkah, nanti diri sendiri gak nyesal..

Post a Comment