Sunday, April 25, 2010

♥redmummy, hanis zalikha dan mylook

kalau dulu memang heboh pasal redmummy, pendapatan yang memang lumayan. siapa yang tak nak kan? kalau sampai beribu ribu, semua manusia juling mata tengok, dalam hati pasang niat nak jadi macam redmummy jugak. sebelum redmummy, heboh pulak kisah Hanis Zalikha. tak salah pun jadikan diorang sebagai satu semangat untuk korang nak capai apa yang diorang capai TAPI dalam hati korang jangan la terlebih bersemangat sangat. rezeki ada di mana mana, lagipun tu rezeki masing masing jugak. kadang kadang bila farysa blogwalking, ada farysa terbaca blogger yang ala ala pasrah akibat duit nuffnang tak naik. ramai je macam ni kan? sebenarnya korang blogging just untuk duit ke? farysa sendiri pun tertanya tanya jugak. kalau setakat nak klik klik tu farysa langsung tak kisah, dulu pun farysa seorang yang tegar dalam meng-klik tapi after dapat email dari nuffnang, dah slow. kalau ada iklan dekat blog orang, farysa akan klik then kalau its a game, farysa akan main. so, dah jadi tak salah kan?tak salah rasanya korang blogging untuk kepuasan diri dari duit. kalau puas, duit pun dapat, lagi masyuk! betol tak?





habis isu blogger blogger yang famous, heboh pulak kisah mylook yang penipu. HAHA. mesti ramai yang termasuk dalam perangkap si penipu ni, termasuk juga farysa. tapi rasanya tak ramai yang tegar sangat sebab one day cuma dikira untuk 5x carian saja. agak agak motif mylook ni just nak tengok manusia gila duit ke tak kot. dah memang sah sah manusia gila duit. nasib baik free registration, kalau berbayar and ada yang sanggup bayar, memang lagi frust la. silap silap keluar saman menyaman dalam tv dengan paper. 


dari tiga isu dekat atas ni semua boleh nampak manusia dengan duit memang tak boleh dipisahkan. duit memang diperlukan untuk hidup, zaman sekarang masuk toilet pun perlukan duit. kalau dulu seposen tapi sekarang RM2 pun ada. tak salah jugak manusia gila duit tapi perlu di ingat batas batas nya kan, jangan sampai terlalu gila duit. hidup dengan poket yang penuh tak semestinya jamin kebahagiaan. HAHAHA. farysa sudah terpesong jauh. kita berhenti di sini dulu yer.

4 comments:

linda musee said... REPLY

good entry :) duet bukan segala nye. tapi life sekarang ni segalanye perlukan duet. huhu

lolla said... REPLY

ouh tumpang tanya dan tumpang lalu. kenapa dengan mylook tu? hehe =)

syafiqah safri said... REPLY

mylook tu knape ek? hihi :)

MyKhalish Journey said... REPLY

btl..btl.. nowdays duet sgt penting. tp kenala berpd2. xkan la sbb nuffnang xnaik, sdh bangat. huhu.. kita wat utk gumbira2 jer..

Post a Comment